Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, January 10, 2016

Braces: Tips cabut gigi

Bismillah, Assalamualaikum!

Bila ada braces, maka tidak akan lari lah dengan adegan cabut gigi. So, terapkan dalam diri, aku nak pakai braces, so aku tidak boleh tidak mesti kena berdepan dengan peristiwa cabut gigi! HAHA kesian.

Tapi, tak semua orang yang pakai braces kena cabut gigi, tapi bila dalam dunia braces, cabut gigi tu adalah amalan. gitew

Aku cerita pasal cabut gigi ni sebenarnya, aku baru aje cabut gigi 2 batang gigi aku last months.

Dua batang gigi, dalam dua hari hokay uolls.

Gila tak gila time tu. Doctor pun cakap, biar betul awak ni "nak buat macam mana Doc, ni ajo cuti yang saya ado, sobs". Sebab, biasanya bila dah cabut satu batang gigi, tunggu seminggu dulu then cabut lah satu lagi. Untuk bagi sembuh gusi, so sebelah gusi lagi tu boleh buat mengunyah.

Dah bila dalam dua hari, dua batang gigi cabut. Memang takdok lah nikmat mengunyah nya! Masuk mulut, telan! Tak ke seminggu sembelit >,<' hadoi

So, sebelum cabut gigi, mesti nervous kann kann kann. haha, rileks arr cabut gigi je pon. lols paten lols

TIPS 1: berserah dan redha, hihi

Yelaa, aku paham la..sedih sebenarnya nak cabut gigi ni, lagi-lagi gigi tu tengah sihat, bukannya gigi buruk nak cabut-cabut! 

Kalau macam aku pulak kan, jenis yang sentimental value, semua barang aku nak simpan, semua macam berharga je bagi aku. Ni kan pulak gigi, yang sentiasa berada dengan aku dari kecik, kunyah bersama, makan bersama, gosok gigi bersama, ketawa bersama kalau boleh mestilah nak mati bersama.

Tapi, tulah kerana terpaksa aku relakan! Berserah ajo lah, tak cabut kang, doctor tak nak proceed.

TIPS 2: panadol

1-2 jam sebelum kena cabut gigi, boleh la telan panadol sebijik. Ni optional, tak nak pon tak apa.

Kan aku dah berpengalaman cabut 4 batang gigi semuanya. So, ada yang hari tu aku amik panadol sebelum cabut gigi. On the next week tu, aku tak ambil panadol.

Yang time aku amik panadol tu, cepat darah berhenti keluar berbanding yang aku tak amik panadol tu. Tak tahulah dimana kesahihannya tu. Wallahualam

TIPS 3: berselawat

Bila dah tiba timing dok nganga depan doctor tu, jangan lepas berselawat. Yelaa, tau doctor dah berpengalaman dan belajaq apa sume.

Tapi, doctor tu sapa? manusia kan? 

boleh berlaku kesilapan, mana tau time tu Allah nak uji dia uji kita, tiba-tiba tengah cabut gigi kita, terpatah tinggai akar gigi kat dalam ka apa kaa... who knows

Lagipun, selawat kan boleh hilangkan nervous.

TIPS 4: gigit kapas kuat-kuat

Bila dah selesai cabut gigi, biasa doc akan letak kapas, so, time tu lagi gigit kuat-kuat. 

Biasa, memang time tengah cabut gigi tak rasa sakit sebab dah bagi bius kan. Uolls kena pikir yang lepas rasa bius tu hilang, seksa ooo dengan darahnya susah nak berhenti. 

So, gigit kapas sekuatnya!

TIPS 5: ubat tahan sakit

Biasa, pihak klinik akan bekalkan ubat tahan sikit. Dan biasa nurse akan cakap, dalam masa 4-5 jam makanlah ubat tahan sakit ni.

Kalau aku, aku akan makan ubat tahan sakit ni bila bius dah hilang, dan sakit denyut-denyut dah rasa baru aku makan, Biasa 5-7 jam selepas baru aku makan ubat tahan sakit.

Yela, nak cepat-cepat makan ubat tahan sakit buat apa, sakit pun tak rasa lagi. Ye dok? hihi

TIPS 6: makan dan minum

Biasa doc akan advice jangan makan dan minum in few hours. Biasanya aku tak akan minum dalam masa 5-6 jam selepas cabut gigi, tu pon bergantung kepada tahap darah banyak ke sikit.

Selepas, aku dah rasa darah dah berkurang sikit, the first thing aku minum is air berais/ air sejuk takpun ice-cream. Cold things can soothe your gum.

Tips: untuk kurangkan darah. 2-3 jam selepas cabut gigi, letak ais dekat gusi yang baru lepas cabut gigi tu. It's works!

TIPS 7: ubat kumur

Biasa 2-3 hari lepas cabut gigi kan, kalau kita makan, mesti makanan akan melekat dekat lubang gusi yang baru kehilangan gigi tu.

So, ia menyebabkan makanan melekat tu jadi busuk, longkang tau longkang? gitu r hahah

Jadi, setiap kali lepas makan, dicadangkan berkumur biasa dan disusuli dengan ubat kumur. Tak kiralah jenama apa, janji dia ada tulis "for gums/ for healthy gums" gitula wei


TIPS 8: makan sebelum cabut

Haaaa, ni penting sebenarnya, makan kenyang siap-siap sebelum pergi cabut gigi.

Sebab, dikhuatiri cabut gigi dengan perut kosong, akan jadikan anda ketaq lutut, menggigil. Ada kaitan dengan darah keluar banyak kot.

So, satu lagi kelebihan makan siap-siap ni adalah lepas cabut kan kena tunggu berjam-jam baru selesa nak makan! So, kesimpulan pergi makan benda yang betul-betul kenyang dulu sebelum cabut gigi! hihi


So, itu sahajalah tips berdasarkan pengalaman aku. Mungkin berbeza-beza hasilnya, bergantung kepada individu.

Till Then, Salam Alaik!

Thursday, May 07, 2015

macam mana dapat MUET band 4?

Bismillah & Assalamualaikum,

pada 5/5/2015 (cam cantik lah tarikh ni) MUET MARCH 2015 dah keluar kan. Alhamdulillah, aku lulus guyssss, happy sampai nangis-nangis lah, orang pertama aku pegi peluk lepas dapat result is my ummi lah. Ye lahh, apa yang aku harapkan aku dapat :') lepas aku dok bobel bak kato ore kelate (membebel) bilaa la aku nak lepas band 3 Muet ni dkt entry lepas kan.. Finally, aku dapat

Alhamdulillah, rezeki aku Allah nak bagi grad jugak akhir tahun ni sekali dengan member-member seperjuangan :')



ramai yang tanya "apa tips MUET dapat BAND 4?"

aku tahuu, apa lah sangat dapat Band 4, orang lain dapat Band 6, okay jerrrr rilek jeeee, tak bising punn! heyyyy, awak tak faham perasaan mereka-mereka yang dah ambik MUET banyak-banyak kali, still tak lepas, sedangkan Universiti awak lulus grad Band 3, mau tak meroyan amik banyak kali still dapat the same result? Orang yang pernah lalui je yang akan faham perasan ini, saruuuu oii. sobss

Aku tak adalah pro sangat sampai nak bagi tips untuk dapat Band 4, melainkan ini adalah rezeki dan pertolongan dari Allah kan. Aku dapat low Band 4 je punn, but still lah (sambil tutup muka) orang tanya tips dari akuuu, pastu takkan lah aku nak jawab, "pegilah tanya orang band 6 sanaa, aku band 4 jer lahhh" kalau aku jadi kawan tu pun, aku akan cakap minah ni gilerr #$%^&%

So, tengah aku masih ingat-ingat lagi ni aku buat apa sebelum exam hari tu, baik aku cerita siap-siap. Nanti kalau tanya aku tahun depan, sah-sah penyakit lupa aku datang. kehkeh. Tips-tips a.k.a apa yang aku buat untuk exam hari tu adalah..


1. YAKIN KENA KUAT

ye babe, confident tu penting babe. Like seriously babe! contoh masa speaking, anda kena yakin sangat-sangat, tapi janganlaa sampai syok sendiri :') tips: cari perkataan-perkataan baru sambil-sambil tengok drama The Walking Dead 5 tuu :p aihh, tak sabar aku nak tunggu season 6 pulak!


2. AMBIK MUET TIME DEKAT DENGAN FAMILY

aku tak tahu lah, berapa banyak kesasihan ambik MUET kat sekolah-sekolah tu senang nak score, sebab ada je yang amik dekat sekolah still got the same result. Jadi, pasal ni, aku tak boleh nak komen banyak babe. Maksud aku, ambik exam MUET time dekat dengan family tuu, lagi-lagi dekat dengan mak/ibu/umi/mama lagi lah afdal. Berkat dia, Subhanallah, sebab sebelum pegi exam, awak boleh salam, mintak dia doa kan, lagi lah lebih berkat, doa terus sampai ke langit babe! on-the-phone boleh, tapi feel dia lain. Serious.


3. PASANG TARGET

sebelum ni wa cakap lu, aku pegi exam MUET dengan poyonya, sebab apa tahu? sebab aku dah ambik banyak kali, pernah tu dengan tak prepare-nya, sebelum masuk dewan exam baru bukak notes lah hape lah. memang tak serious lah, sebab dah biasa ambik kann, buat seley beleyy jer ore kalate oyak! memang silap aku lah kot sebelum ni dapat result macam tu. Lepas aku faham, mana mistakes nya, aku buat lah benda ni

aku tampal benda ni dekat meja study aku, so aku dah list kan apa yang aku nak capai, kalau korang perasan (dengan izin Allah) apa yang aku target hampir sama kan dengan real result, ni makna nya aku dah tahu mana yang aku lemah dan mana yang aku boleh pergi.

aku memang target reading dengan listening jer, sebab aku buat lah graph result-result aku sebelum ni, semuanya aku tinggi dekat kedua-dua ni berbanding writing dengan speaking tuu. Tips reading: pastikan dapat bezakan not stated and false tuu, baca paragraph dan sync-kan dengan soalan tu. Tips listening: hati-hati dengan perkataan yang speaker sebut tu ada (s) (ed) apa semua, memang kena dengar dan fokus betul-betul, sebab walau anda dah eja betul tapi tak de (s) atau tertambah (s) markah memang 0.

writing aku xde tips, tengok lah aku dapat berapa, sebab aku memang confuse dan malas nak faham pasal past,grammar bagai. Alahh, mat salleh pun kalau suruh tulis karangan, belum tentu dapat A, macam suruh orang melayu tulis karangan melayu laa, belum tentu tatabahasa dapat A kann. Orang imaginasi tinggi je dapat tulis karangan best ni.alasan. hikhok


4. KEBERGANTUNGAN KEPADA PENCIPTA

Cliche kann, tapi tulah hakikat dia. Tak mintak dengan Allah, nak mintak dengan siapa lagi. Solat hajat jangan lupa, mintak sungguh-sungguh diiringi dengan usaha lah, buat lah apa yang patut bila dah pasang target tu untuk capai target. Orang Islam, time tengah exam tuu, selawat banyak-banyak, selawat kan boleh ingat apa yang lupa. yang beragama lain, buatlah apa yang agama awak ajar. Pastu, hembus-hembus doa sikit dekat kertas tu, bia examiner lembut hati sikit dan dapat examiner yang baik dan murni hatinyaa. aummm!


Last, kena percaya perancangan Allah lah yang paling baik, Allah turunkan hujan, rupanya nak bagi pelangi yang cantik. giituuuw. Usaha, doa, tawakkal. Kongsi kegembiraan takpe, tapi jangan lupa dalam kita happy, ada insan yang sedih.


p/s; aku dah daftar MUET july ni, kalau sempat aku attend, aku ada hal bulan June nanti, semoga urusan kami dipermudahkan Allah. Doakan, ameen


Till Then, Salam Alaik.

Friday, April 24, 2015

Tahukah anda bahawa bibir juga perlu dicuci?

Bismillah & Assalamualaikum

Adakah anda tahu bahawasanya pencuci mulut juga wujud diluar sana. No, I'm not talking about pencuci mulut a.k.a dessert. Buah-buahan, ice-cream kinda like that, no.

This pencuci mulut a.ka. bibir is a cleanser like pencuci muka yang kita dah guna bertahun tuuu. hihih. Mula-mula aku pun heran, bibir pun ada cleanser jugak, tapi bila lama-lama dah guna macam best je, macam menarik jeeee. Bibir aku okay, cuma dalam setahun sekali (late 2 years) bibir aku akan sakit pedih menggelupas. Pedih gila kott. Aku rasa, allergic (sebab, kali ni aku kena selepas aku makan udang kering dalam somtam :'( sebab, sebelum ni tak pernah pun kejadian seperti ni menimpa diri ku. Dah, tiba-tiba ada allergic baru. Sobsssssss

Aku pun, nak lah cari jalan penyelesaian. Maka, bertemu jodohlah aku dengan satu lip cleanser ni,

Lip Tint Cleanser nama diaa.

Bolehlaa, best laa pakai lip cleanser ni, rasa bibir kita begitu bersih sekali. Sebenarnya, lip cleanser ni untuk membersihkan bibir lepas pakai lip tint. Tapi, tak pakai lip tint pun aku main belasah jugak pakai cleanser ni. ihik!

Pastu kan, bibir pon ada scrub jugak uolls. Ingat muka, badan, kaki je ada scrub, cik bibir pun nak ber-scrub jugakkkk. Bibir scrub ni cam comels je, cam cute jer.

Taadaaaa! Comels kan lips scrub ni? hihi. perisa strawberry lagi uolls

Lip scrub ni, base dia gula, madu kinda lika that laa. Kalau tak tutup rapat, maka datanglah si semut tuu nak cari rejeki yang halal. Overall, best la lip scrub ni, bibir jadi makin lembut gittuwww. Auuwww

So, mana nak best kalau cerita takde result. Kalau presentation Final Project pun, mana nak lulus kalau takde result, ye dak?

Tadaaaaa

Ambik kauuu, zoom-in ssangatt haa. haha, excuse my yellow teeth, aherm. Okay laa okay laaa, not bad :P

Ni, lip selepas pakai lipbalm. Beza kan?

Tu jelah, motif nak cakap sekarang lip cleanser, lip scrub pon ada. Macam, tanjat jugak benda camni ada, ke aku noob again? baru tahu semua ni ada? sobbbss. Lepas ni, apa pulak lah ye

Till Then, Salam Alaik.

Wednesday, April 01, 2015

TIPS: elak battery lappy cepat konggg!

Bismillah & Assalamualaikum

Hari ni, aku nak share tips sikitlah, heheh. Aku tengok ramai ahli keluarga mahupun teman karib aku selalu mengalami masalah bateri laptop cepat kong king mahupun kengkeng! :p Aku tengok tak sampai setahun lagi laptop tu, bateri setengah jam je mampu bertahan, sedihhh tauu. Aku dah amalkan tips dan petua ni semenjak aku guna laptop ni, since 2011 dan bateri laptop aku masih boleh bertahan selama 3-4 jam dengan lek nye. Kalau setakat nak tengok movie 2 3 round no hal lah!

Tips ni adalah untuk orang-orang yang menggunakan laptop oldskool macam aku, dimana bateri boleh cabut-cabut. Aku tahu aa sekarang dah ada laptop yang build-in bateri. K fineeee

Dan tips nya adalah:

1) Pastikan time tengah charge bateri laptop korang tu, korang shutdown laptop. Totally shutdown, no sleep no hibernate!


2) Dah fully charge bateri laptop tu, tolong cabut bateri laptop tu. Dan, jangan lupa tutup plug dan plug-out untuk mengelakkan berlakunya pembaziran arus elektrik!



3) Tips ketiga adalah kesinambungan tips no 2 sebenarnya, iaitu BUANG BATTERY TIME TENGAH GUNA LAPTOP BILA PAKAI POWER SUPPLY. Please la, tolong buang battery laptop anda bila guna laptop pakai power supply. Ni faktor besar untuk bateri laptop cepat kong sebenarnya.

Encik bear cakap "buang bateri bila pakai power supply, panggg kang!" :p


4) Hanya charge battery laptop bila battery dah totally 0%.


5) Jangan biarkan bateri laptop terbiar terlekat dekat laptop tu terlalu lama, macam berminggu-minggu. Maksudnya, laptop memang off dan bateri juga masih disitu selama berminggu lamanya. Ini adalah faktor pembawaan untuk kongnya bateri tersebut. Sebab tu, dah fully charge terus cabut bateri laptop tuu.


6) Tips-tips ni hanya berguna bila anda beli battery baru ataupun laptop baru. haha! Ye la, tak kan bateri laptop dah kong baru nak praktik semua ni. Dah terlambat la babe, hehehe


So, tulah tips dan petua untuk battery laptop tahan lama dan mantop yang aku praktikkan selama ni. Selamat mencuba dan selamat hari GST semua. Kena ingat tarikh keramat ni, nak cerita kat anak cucu nanti!

Till then, Salam Alaik