Monday, March 09, 2015

Bila nak lulus MUET?

Bismillah & Assalamualaikum


Dulu, masa UPSR, PMRU, PMR. Alhamdulillah, english aku selalu dapat A laa. Ye, mungkin la..tu tahap sekolah rendah. Tapi, masih lagi aku nak buktikan yang english aku ni masih tahap okay lagi lah kannn. Walaupon, SPM english aku sasar ke B+, but still, aku ni dalam list student yang english teacher target A. (masih nak menunjukkan bukti yang english aku ni okay! hahah pathetic!)

Haa, kira aku taklah sebodoh mana english ni kann, :p tapi taklah pro sampai lancar dan cakap fluent gilaa. Tapi, kalau setakat nak tulis, nak baca novel english, nak tengok movie english with subtitle english or without subtitle..aku bolehla faham.

Dah kenapa aku sibuk nak cakap pasal english subject tiba-tiba ni?
Untuk adik-adik yang bakal masuk U, ni akak ko yang maha senior ni nak cakap. Usaha la keras-keras belajar english, jangan nak tidurrrr je time BI :p

sebab apa? sebab sekarang ni, nak masuk University wajib MUET dapat band 3, kalau tak silap kak patin la!

Kalau macam aku ni, belajar dekat UTeM, cohort 2011/2012 pulakk, nak graduation wajib MUET kena dapat at least Band 3! Yang junior, aku dengar selagi tak dapat band 3, tak boleh nak daftar subject untuk tahun 3. Kiranya, ko pegi balik repeat MUET ko berapa kali lah yang ko amik tak kisah, dah dapat Band 3 ko datanglah sambung belajar balik! sampai camtuuu sekali hokayyyy. Paling latest aku dengar, nak grad sekarang kena band 4! (mak aihhhh, yang struggle nak dapat Band 3 berapa puluh ribu orangggg lagi nihhh)
Aku pun tak pasti kenapa level untuk dapatkan level Band dalam MUET makin tinggi. Kalau dulu-dulu, tak kisah pun MUET nak kena Band berapa, asal amik MUET jer. Boleh jer grad, cuma dekat sijil nanti ada lah yang membezakan MUET Band 2 and Band 3 keatas. Ye, mungkin lah peredaran zaman yang membuatkan syarat MUET kena band 3 baru boleh grad.

Dan, aku ni adalah salah satu 'mangsa' dah berapa kali MUET tapi masih tak dapat Band 3! First time ambik MUET masa matrik, dapat Band 2. (haa! Even, teacher dekat matrik pun target aku dapat band 3!) Masa tu, sedih memang sedih, tapi bila aku tengok ramai orang sekeliling aku pun dapat Band 2, and, ada member aku yang memang daily life dia cakap english pun dapat Band 3, jadi dalam kepala otak aku (okayyy, aku ni taklah bodoh sangat cuma mungkin expectation kat sini tinggi sebab matrik kan) walaupun, ada yang dapat Band 3,4,5,6! haha

Jadi, masuk UTeM aku cubalah sekali lagi nasib aku. Dannn, aku masih lagi dapat BAND 2!!
Aku pun, bertafakurlah sensorang dekat ceruk katil dan mengatakan " takpelah, ni mungkin bukan rezeki aku lagi. Allah nak aku cuba dan berusaha lagi mungkin"
So, aku masuklah segala kelas english yang ada dekat UTeM sana, kelas berbayar mahupun kelas tidak berbayar. Tapi, untuk pengetahuan semuaaa, aku ni hanyalah manusia biasa, yang ada cacat celanya :'(
Bila aku dah usaha dan still lagi mendapat hasil yang sama..aku dah merasakan yang aku ni bodoh sebodoh manusia, dan mulalah aku buat-buat tak paham kalau orang cakap english, kalau aku yang bercakap pun aku buat nada macam orang baru belajar ABC dalam english, dan aku selalu memBODOHkan diri bila orang lain cakap english (ini adalah rebellious time aku!)

Padahal masa sekolah-sekolah dulu, aku selalu jer cakap english dengan member-member aku walaupun member aku balas dalam loghat kelate kat aku! hahahh! Dan, walaupon orang-orang sekeliling aku macam annoyed gila bila dengar aku cakap english. (Dulu, orang kelantan ada masalah kalau dengar orang kelantan cakap english, sekarang macam dah open dah) That time, bagi diaorang kalau orang cakap english ni tersangatlah poyo sekali dalan dunia ni. Bila aku cakap in english, maka ada lahh suara-suara sumbang yang akan cakap "ishh, gegar botol budu dappur ehh" "bauuu buduuuu eahhh" "koyaaa wehhhh, pecoh botol buduuuu"
Tapi, aku persetankan segalanya time tu, dan aku bangga that i can speak in english (sebab pembawaan tengok Laguna Beach, keeping up with the kardashians dan banyak lagi lah yang ada dalam MTV, channel E! time tuuuhhh, heheh)

Dan bila aku dah amik beberapa kali (walaupun aku tahu ada yang amik lebih banyak dari aku) dan result yang aku dapat mostly yang macam ni
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*untuk sulit dan keselamatan dari kena baham jadi terpaksalah aku blur mana yang patut*

Untuk yang tak tahuu, markah untuk dapat Band 3 adalah 140! Kalau korang tengok kat atas ni, satu markah lagi je aku nak lulus! Dan, bila aku dapat result cemni ko rasa jiwa aku ni tenteram ke tidakk? Dahla, yuran nak amik MUET ni RM 101 SAHAJA! Dan contoh 4 kali ambik, 10, 20 kali ambik, ko darablah sendiri! Dan, tak peliklah kalau mak aku tempelik dekat telinga "Eh, bila ko nak luluss daaaaaa"

Dan, aku merayulah kepada pemeriksa-pemeriksa MUET diluar sana, kalau dah tengok student sejongket jer lagi nak lulus, apalah salahnya pegi cari mana-mana markah untuk luluskan dia. Tak salah pun permudahkan urusan orang lain. Kita permudahkan urusan orang lain, nanti kita dibalas dimudahkan urusan jugak, InshaAllah!

Dan, setelah aku baca forum dan bertanya dekat member-member yang sahih sumbernya. Diaorang cakap, kalau yang jenis satu,dua markah lagi nak lulus ni, bayar RM 70 SAHAJA untuk check balik paper, confirm lepas tu markah akan naik! So, aku pikir kiranya diorang nak duit la ni?

Terbakar.

Till then, Salam Alaik.

26 comments:

rudysofia said...

Good luck and All the best

Fatin Adibah said...

thank you rudyyyy. Doakan aku lulus lah kali nih :')

Unknown said...

Assalamualaikum wbt. tahniah sebab dapat band 4 dalam exam MUET. Saya pon tgh proses nak amek MUET. Nak tnya. biasanya result MUET bila keluar? Ambil masa terlalu lama x? kalau contoh saya amek MUET July, bila result akan keluar?

terima kasih :D

Fatin Adibah said...

waalaikumussalam, sorry lambat balas. Alhamdulillah. Good luck MUET! Biasa 3 bulan, kalau amik JULY, bulan oct/Nov keluarlah result. Untuk kepastian, selalula tgk website mpm. hehe

Unknown said...

haii na tanye .. awak rasa better recheck ke x? saya alami masalah yg same mcm awakk .. sikit lg nk lulus . mmg frust hbes . sbb kengkawan major lulus :(

Fatin Adibah said...

Hai :D terpulang, kalau awak rasa berbaloi recheck, recheck lah. Mana tahu, lepas recheck boleh lulus, kan hihi

Dida Rohiman said...

Assalam hai. kalau kita re-sit muet masa kita tengah belajar degree still boleh kan? Maksud saya, tak payah berhenti/stop kejap untuk re-sit muet.

Fatin Adibah said...

Hai Sheeda =D boleh ajer re-sit time masih belajar.. boleh daftar dengan uni awak, ataupon daftar sendiri.

Hazwan said...
This comment has been removed by the author.
Hazwan said...
This comment has been removed by the author.
Hazwan said...

Lecturer pun cakap..kalau nak masuk u sambung degree muet mesti kena ambik ..at least get band 3 kalau nak selamat dapat band 4 .. ingatkan dulu kalau sambung dip terus dapat sambung degree hahahaha rupa rupanya kena juga amik muet..and nak tanya ..selalu muet berapa lama ya ?..dengar susah macam ni dah seram dah haih...

Fatin Adibah said...

hihihi. InshaAllah boleh punya hazwanz! hehe. Selalu muet berapa lama tu maksudnya? berama lama time exam ke berapa lama result nak tahu ke macam mana? hihi. Btw, good luck in your MUET.

Iera96 said...

Hi nk tnya kalau belum ambil muet pastu nak apply kemasukkan utk degree boleh dapat ke? Nk kepastian sbb ad yg ckp tkda muet xboleh masuk degree :')

Iera96 said...

Hi nk tnya kalau belum ambil muet pastu nak apply kemasukkan utk degree boleh dapat ke? Nk kepastian sbb ad yg ckp tkda muet xboleh masuk degree :')

Puyid said...

Assalamualaikum...nak tanye muet ni untuk sambung degree ke untuk grad degree??
Kalo muet kite expired sebelum kite grad degree, adakah kite perlu re-sit semula?

Rahsia Lulus MUET said...

Hi sis Fatin. Sy mohon share di blog saya mengenai artikel ni boleh. Blog sy rahsialulusmuet.com/blog. Sebagai kredit, pihak kami akan nyatakan sumber atikel ini diambil di bawah artikel penulisan tersebut.

Unknown said...

hi saya nak tanya, nk ambik muet lagi sekali mcm mana ye. tekan pendaftaran or permohonan ulangan?

Unknown said...

Kalau band 2 je n tak re-sit ada apa apa kesan ke

malaysiatrulyasia said...

fatin awk kn recheck lulus x?

Anonymous said...

Assalamualaikum sis atin, if someone spm bi dpt D so muet dia bole ke dapat b3?

Unknown said...

Assalamualaikum kak.. saya pon dpt 139 sikit lagi nk bd 3.. tapi frust sgt sebab semua org pass..nk tanya bd 2 still boleh apply u kaa

Unknown said...

Saya dpt mcm kak.. better reccheck tak?

nur najihah said...
This comment has been removed by the author.
nur najihah said...

Kalau dpt band 2 ni kena repeat ke? Then wajib repeat ke??

Unknown said...

Hai ..mcm mana nak daftar sendiri n nak tau tmpat kita ujian muet tu

MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN MUHAMAD HAFIZAN said...

Asslm kak...kalau dh ambik muet dan dh dapat result tapi kite berhenti kolej...Adakah Keputusan muet tu kita boleh guna lagi untuk sambung belajar di kolej lain atau kena ambik muet baru?harap dapat menjawab