Showing posts with label Student. Show all posts
Showing posts with label Student. Show all posts

Monday, March 09, 2015

Bila nak lulus MUET?

Bismillah & Assalamualaikum


Dulu, masa UPSR, PMRU, PMR. Alhamdulillah, english aku selalu dapat A laa. Ye, mungkin la..tu tahap sekolah rendah. Tapi, masih lagi aku nak buktikan yang english aku ni masih tahap okay lagi lah kannn. Walaupon, SPM english aku sasar ke B+, but still, aku ni dalam list student yang english teacher target A. (masih nak menunjukkan bukti yang english aku ni okay! hahah pathetic!)

Haa, kira aku taklah sebodoh mana english ni kann, :p tapi taklah pro sampai lancar dan cakap fluent gilaa. Tapi, kalau setakat nak tulis, nak baca novel english, nak tengok movie english with subtitle english or without subtitle..aku bolehla faham.

Dah kenapa aku sibuk nak cakap pasal english subject tiba-tiba ni?
Untuk adik-adik yang bakal masuk U, ni akak ko yang maha senior ni nak cakap. Usaha la keras-keras belajar english, jangan nak tidurrrr je time BI :p

sebab apa? sebab sekarang ni, nak masuk University wajib MUET dapat band 3, kalau tak silap kak patin la!

Kalau macam aku ni, belajar dekat UTeM, cohort 2011/2012 pulakk, nak graduation wajib MUET kena dapat at least Band 3! Yang junior, aku dengar selagi tak dapat band 3, tak boleh nak daftar subject untuk tahun 3. Kiranya, ko pegi balik repeat MUET ko berapa kali lah yang ko amik tak kisah, dah dapat Band 3 ko datanglah sambung belajar balik! sampai camtuuu sekali hokayyyy. Paling latest aku dengar, nak grad sekarang kena band 4! (mak aihhhh, yang struggle nak dapat Band 3 berapa puluh ribu orangggg lagi nihhh)
Aku pun tak pasti kenapa level untuk dapatkan level Band dalam MUET makin tinggi. Kalau dulu-dulu, tak kisah pun MUET nak kena Band berapa, asal amik MUET jer. Boleh jer grad, cuma dekat sijil nanti ada lah yang membezakan MUET Band 2 and Band 3 keatas. Ye, mungkin lah peredaran zaman yang membuatkan syarat MUET kena band 3 baru boleh grad.

Dan, aku ni adalah salah satu 'mangsa' dah berapa kali MUET tapi masih tak dapat Band 3! First time ambik MUET masa matrik, dapat Band 2. (haa! Even, teacher dekat matrik pun target aku dapat band 3!) Masa tu, sedih memang sedih, tapi bila aku tengok ramai orang sekeliling aku pun dapat Band 2, and, ada member aku yang memang daily life dia cakap english pun dapat Band 3, jadi dalam kepala otak aku (okayyy, aku ni taklah bodoh sangat cuma mungkin expectation kat sini tinggi sebab matrik kan) walaupun, ada yang dapat Band 3,4,5,6! haha

Jadi, masuk UTeM aku cubalah sekali lagi nasib aku. Dannn, aku masih lagi dapat BAND 2!!
Aku pun, bertafakurlah sensorang dekat ceruk katil dan mengatakan " takpelah, ni mungkin bukan rezeki aku lagi. Allah nak aku cuba dan berusaha lagi mungkin"
So, aku masuklah segala kelas english yang ada dekat UTeM sana, kelas berbayar mahupun kelas tidak berbayar. Tapi, untuk pengetahuan semuaaa, aku ni hanyalah manusia biasa, yang ada cacat celanya :'(
Bila aku dah usaha dan still lagi mendapat hasil yang sama..aku dah merasakan yang aku ni bodoh sebodoh manusia, dan mulalah aku buat-buat tak paham kalau orang cakap english, kalau aku yang bercakap pun aku buat nada macam orang baru belajar ABC dalam english, dan aku selalu memBODOHkan diri bila orang lain cakap english (ini adalah rebellious time aku!)

Padahal masa sekolah-sekolah dulu, aku selalu jer cakap english dengan member-member aku walaupun member aku balas dalam loghat kelate kat aku! hahahh! Dan, walaupon orang-orang sekeliling aku macam annoyed gila bila dengar aku cakap english. (Dulu, orang kelantan ada masalah kalau dengar orang kelantan cakap english, sekarang macam dah open dah) That time, bagi diaorang kalau orang cakap english ni tersangatlah poyo sekali dalan dunia ni. Bila aku cakap in english, maka ada lahh suara-suara sumbang yang akan cakap "ishh, gegar botol budu dappur ehh" "bauuu buduuuu eahhh" "koyaaa wehhhh, pecoh botol buduuuu"
Tapi, aku persetankan segalanya time tu, dan aku bangga that i can speak in english (sebab pembawaan tengok Laguna Beach, keeping up with the kardashians dan banyak lagi lah yang ada dalam MTV, channel E! time tuuuhhh, heheh)

Dan bila aku dah amik beberapa kali (walaupun aku tahu ada yang amik lebih banyak dari aku) dan result yang aku dapat mostly yang macam ni
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*untuk sulit dan keselamatan dari kena baham jadi terpaksalah aku blur mana yang patut*

Untuk yang tak tahuu, markah untuk dapat Band 3 adalah 140! Kalau korang tengok kat atas ni, satu markah lagi je aku nak lulus! Dan, bila aku dapat result cemni ko rasa jiwa aku ni tenteram ke tidakk? Dahla, yuran nak amik MUET ni RM 101 SAHAJA! Dan contoh 4 kali ambik, 10, 20 kali ambik, ko darablah sendiri! Dan, tak peliklah kalau mak aku tempelik dekat telinga "Eh, bila ko nak luluss daaaaaa"

Dan, aku merayulah kepada pemeriksa-pemeriksa MUET diluar sana, kalau dah tengok student sejongket jer lagi nak lulus, apalah salahnya pegi cari mana-mana markah untuk luluskan dia. Tak salah pun permudahkan urusan orang lain. Kita permudahkan urusan orang lain, nanti kita dibalas dimudahkan urusan jugak, InshaAllah!

Dan, setelah aku baca forum dan bertanya dekat member-member yang sahih sumbernya. Diaorang cakap, kalau yang jenis satu,dua markah lagi nak lulus ni, bayar RM 70 SAHAJA untuk check balik paper, confirm lepas tu markah akan naik! So, aku pikir kiranya diorang nak duit la ni?

Terbakar.

Till then, Salam Alaik.

Wednesday, March 04, 2015

SPM shout! Dan, zaman sekolah aku

Bismillah & Assalamualaikum

Hari ni result SPM keluarkan.. Tahniah buat adik-adik yang dapat keputusan cemerlang! ^_^ Nasihat kak fatin ko ni, plan lah masa depan korang dari sekarang. Ye, memang betul.. SPM bukan penentu segala-galanya. Tapi, SPM lah titik permulaan..rancang dan pilihlah apa yang korang nak. Tak kira la nak jadi engineer ke, doctor ke, artistic ke, networking ke.. yang penting kerja tu nanti boleh memberi manfaat kepada orang lain :) And, bagi yang muslim.. buatlah kerana Allah sebab pekerjaan tu dikira fardhu Kifayah. (Fardhu Kifayah ni adalah tanggungjawab kepada masyarakat, kalau fardhu ain ni tanggungjawab kepada diri sendiri. Dah kenapa aku explain ni? hakhak)

Kepada adik yang dapat result biasa-biasa jer, takpeeee :) Ingat satu jer, belajar dari kejatuhan! Sekali kita jatuh, kita boleh bangun balik kan? Apa-apa hal, jangan lupa kerbergantungan kita kepada Allah.. Kalau kita dah berusaha, dah berdoa dan dah buat sehabis baik dah. Kena pegang
"Allah bagi rezeki dekat aku takat ni jer, dan aku percaya yang Allah nak beri yang lebih baik dari ni"
okay adik-adik? Sama jer nasihat akak kepada yang dapat cemerlang ke yang dapat biasa-biasa ke, rancanglah dari sekarang what you want to become? Betul-betul jadi ke tak jadi tu belakang kira, because we only plan, and let be God decide it. Yang penting, sekarang ni korang kena tahu flow korang kemana. Nak pergi matrik pegi matrik, nak masuk diploma pegi diploma, nak sambung form 6 pegi form 6, apa lagi.. nk pegi TESL pegi TESL, nak A level pergi A level. Takpe, mana-mana pun boleh, janji tahu flows kemana awak 5 years from now.

SELAMAT BERJAYA! GOOD LUCK! FIGHTING! CHAIYOK! GAMBATEH! (ni jerlah bahasa-bahasa yang aku biasa guna)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Disebabkan hari ni aku buka jer news dekat TV semua buat coverage pasal result SPM. So, its just reminisce of my school days 5 years ago. Rindunyaa! Salah satu zaman yang tak boleh nak rewind balik. (ada ke zaman boleh rewind balik?)

Rindu suasana sekolah tu sendiri, rindu assembly pagi Ahad, nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Kelantan, Lagu Sekolah. Rindu time rehat, pegi kantin makan keropok goreng diiringi air tea-o-beng a.k.a air teh(makanan rutin), rindu kelas pagi, kelas tambahan petang, kelas tambahan malam. Rindu nak panggil cikgu, cikgu, cikgu! Terima kasih cikgu! Assalamulaikum Cikgu! (5s kan duluu..salam, sapa, apa lagi ntah) Rindu kawan-kawan, belajar sama-sama, pegi tandas sama-sama, ponteng sekolah sama-sama (haha), rindu sukan, rindu merentas desa, rindu nk buat lab chemistry, belajar bio (belajar pasal reproduction 4 bulan straight pun tak mengantuk time tuuu..hadoi) and amazed with physics! And, No place for add math for me (sooryy T-T)

Untuk cikgu-cikgu semua, saya ingat semua jasa cikgu. Saya ingat cikgu, cikgu jer mungkin ingat-ingat lupa kalau saya tegur. hahah. Terima kasih cikgu. Maafkanlah saya dan kawan-kawan kalau ada terbuat cikgu tidak senang dengan kami. Maklumlah time tu ikut hati, limpa, hempedu semua ada lah!

Ni lah dia gang selalu bawak masalah kat cikgu disiplin! Heheheh, mana adalaaa aku and the gang tersangatlah baik dan senang sentiasa mengikut tata tertib dan peraturan sekolah =,=" Rindu dekma and syikin. Both 2 orang tengah dah kahwin and having beautiful babies (aku jer ntah kemana lagi -.-)

Time rehat kita kena minum air soya untuk sentiasa gebu gebas ye adik-adik *masa ni takde Qu Puteh laaagi :(

My BFF until now =) Afikah & Anis. Husna not in picture sebab kelas lain kann

Berapa orang yang dah kahwin ek budak kelas aku? Lepas scroll gambar-gambar sekolah dulu, baru aku perasan yang takde pon gambar budak kelas aku bergambar yang semua orang ada dalam satu gambar (except bergambar untuk majalah sekolah) Lepas SPM kitaorang ada buat BBQ tau dekat tepi pantai, nak share gambar tuu. Tapi, maklumlah zaman tu zaman Jahiliah lagi, tshirt yang pakai pon sipi-sipi lagi nak jadi singlet. LOL. Tapi, Alhamdulillah semua kita dah insaf atas keberkatan doa ibu ayah yang sakit mata nengoknya duluuuu :')

And, this is me lah masa sekolah dulu. Not-so-bright student, aku called diri sendirilah. Hahak! Not-so-bright, not-so-bright aku pon cikgu sayang okay? hahaha. Satu jer perangai aku yang masih lagi terbawa sampai sekarang ni, L.A.M.B.A.T (janganlah tiruuuuu T_T sape yang nak tiru masalah dia sekarang? hhuhu) Dulu, sekolah masuk 7.30 pagi, 7.20 pagi aku baru start kereta pegi sekolahhh punyalah drift. Nak hantar adik pegi sekolah dia duluuu. Tapi, tepat-tepat 7.30 okay aku sampai sekolah! Boleh agak tak aku bawak speed berapa? Sikit lagi nak langgar kambing-kambing yang lintas jalan amik angin pagi..kahkah!

p.s: Sedekahkan Al-Fatihah kepada semua cikgu dan kawan-kawan Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat yang dah pergi menghadap Ilahi. Semoga roh mereka berada di tempat orang yang beriman.

Till then, Salam Alaik.

Tuesday, March 03, 2015

Budak Networking Tahun 1

Bismillah & Assalamualaikum

Trying to flashback year 1 of my degree life back then here. Bagi aku, tahun 1 adalah tahun dimana kita masih mencari-cari untuk kita menjadi student seperti apa. Apa yang aku cuba maksudkan disini, ada yang nak jadi nerd, ada yang nak jadi leader, ada yang nak jadi nakal, ada yang nak jadi cheeky lah, hapelah what so ever lah :P Time ni jugaklah nak cari gang yang clicks, time ni jugaklah nak faham lecturer dan amat gentar kalau tengok ada Dr./Prof depan nama lecture tuu, time ni lah nak masuk kelab lah, sukan lah, time ni jugaklah rasa amazed ada classmate dari luar negara, time ni jugaklah nk adapt bila kelas sampai pukul 10 malam! Dan, dalam masa yang sama kita nak belajar jadi matang, nak keluar dari kepompong yang kita dah terbiasa sebelum ni dan juga nk cuba mengenali the friends who around us. At that time, kita semua masih fresh dan cuba adapt the new environment, new things, new subject, new cara mengajar, assingment lah, test lah, macam-macammm. And, kita masih terbawa-bawa dari imej kita dari zaman sekolah/matrikulasi *aku tak mention pasal diploma or direct entry bacause i've never been there, so aku takde pengalaman itu :( Yela, matriculation life and school life nak dibandingkan dengan Uni life, of course lah a big different!

And, in first year..kalau course aku lah, masa tahun 1 ni lah aku bercelaru sikit dan tak paham actually aku ni belajar pasal apa? Ye aku tahulah Science Computer, then? haha. Masa ni lah, masuk coding C++, Computer Architecture, Mathematics, Tamadun Islam, Falsafah Teknologi, Foundation English. Kejap belajar pasal coding-coding, kejap belajar pasal computer hardware, kejap belajar java, kejap belajar database, kejap belajar multimedia, siap kena shoot movie bagai.. Time ni, aku dah pening dahh..kalau umi abah aku tanya belajar pasal apa and kalau habis belajar keje sebagai apa, aku dah pening dah nak jawab apa, LOL! Lama-lama barulah aku paham, rupanya masa tahun 1, kita belajar all the basics course dalam fakulti aku ada. Sebab, kebanyakkan kita dari background berbeza masa zaman matrik/sekolah, ada yang dari science physics, ada yang sains hayat, ada yang akaun..so, memang patutla fakulti buat macam tu, nak suruh jinak-jinak, kenal-kenal duluu sampai 21 kredit dirang bagi dekat kitaorang masa tahun 1 sem 1 tuuu tahuuu! Pening aku hadap time exam, 21 credits oiiii..

Amaran keras: Gambar sangat sangat lah noob dan innocent(ek?)

Kelas pertama aku kat UTeM is kelas Computer Architecture, masuk jer kelas lecturer suruh bukak CPU! Time ni aku dah ngangaaa.. screw driver ke hape memang aku tak pernah pegang pun sebelum ni! Memang carut gila arr aku time ni -.-"

Dalam-dalam carut pun, bilo bergambar mestilah kena tunjukkan yang aku ni happy dan sungguh riang gumbira sekali aku belajar! hahahahah (gelak hantu)

Lama-kelamaan dah rasa diri ni terer lah pulekkkk. Dah rasa macam technician (yang biasa aku tengok time sekolah bila cikgu/cikgi panggil kalau computer shutdown sendiri)dah time ni -.-"

Kalau gap kelas panjang, of courselah lepak cafe tak pun pegi tidur dekat masjid (Masjid UTeM besauuuu) LOL

Meja student pompuan haruslah fancy-fancy and mesti ada gambar semua orangggg (sumber inspirasilah konon nya! =.=)

My Classmates, ni classmates (tu pun 1/3 baru ni)..tak kira coursemates lagi. Tapi gang ni kitaorang rapat darilah zaman riang-ria seperti diatas sampailah to the last =) *tak semua ada dalam gambar ni :(

p/s: terlalu banyak gambar and memory to remind. Aku just choose random pictures untuk membuatkan post aku ringkas dan padat. Gittuww

Till then, Salam Alaik.

Monday, March 02, 2015

Minggu Haluan Siswa

Bismillah & Assalamualaikum

Actually, iolls baru jer habis practical last week. So, aku ni kiranya dah habis belajar lah kiranya ye..tapi tak rasmi lagi sebab belum grad lagi kan. Kiranya aku ni boleh digelar 'jobless' or in a longggg holidays lah kot kan! huhu. Bila dah habis belajar ni, rasa rindu lah pulak dekat zaman belajauuuuu (kata orang melakauuu). So, aku nak lerr throwback the 3-years-ago-me, haha! Manalah tahu ada adik-adik yang dapat masuk university bulan september ni, leh la tahu sikit-sikit hidup di university kann :) Aku belajar dekat UTeM, tahu UTeM tu kat mana kan? Ke ada yang tak tahu, maybe ada yang tak tahuu kot, yelahhh Uni aku taklah sepemes UKM, UM..kalau pakcik makcik kat kampung (pahamm,tak semua..ok ok) kalau cakap belajar dekat UTeM, mesti loss,tak tahu U mana satuu..sedih auuu, sentap auu :'( Universiti Teknikal Malaysia Melaka lahhh. Aku belajar in Science Computer major Computer Networking :) why networking? apa jadah networking tu? ada masa nanti aku citer okay..

Amaran keras: Gambar sangat sangat lah noob dan innocent(ek?)

Intro, kena la citer time Minggu Haluan Siswa luuuu. Ye dak? Lepas family aku dah hantar peluk cium nangis bagai..startlah minggu haluan siswa (MHS katanya), punyalah aku excited tahap gilos punyaa.. yelah it's university life kot! Life yang aku selalu tengok dekat tv masa sekolah duluuuu. (hahaha, noob punya budak!) Excited kottt, excited nak masuk kelas, excited nak dapat new friends, new environment, lecture hall, siap berangan ada boyfriend baru lagi *gila! :p (fuhhh, dalam kepala otak aku time tuuu punyalah bahagianyaaaa, berangan!) Hari first MHS tu, aku masih lagi dalam keadaan yang sungguh bersemangat sekali, masuk hari kedua.. memang tak lahh semangat aku, asyik tidur dalam dewan adalah! Time senior dok cakap, Naib Cansellor ke sape ke cakap kat depan tuu, memang aku hanyut ntah kemana dah..selalu kot akak/abang Fesi dok mai kejutkan aku suruh keep wake-up and dengauu ceramah tuuu, lepas Fesi tu blah aku sambunglah tidur balikkk, kehkeh! Bukan setakat dalam dewan aku tidur, dalam bas pun aku boleh tidur tahu tak! Tidur duduk tu normal sangattt, ni tidur time berdiri nii! Barulah rare! Berdiri dalam bas pun aku boleh layan tidurr aku..ntah kemana dah excited aku time tuhh. Hadoiiii -.-' (Oh, mesti ada yang pelik kan, apasal naik bas.. dekat UTeM (masa tu laa, sekarang asrama dah dalam kampus) asrama kitaorang dekat luar dari campus, so memang nak pegi campus naik bas la bagi yang tak bawak kenderaan sendiri.)

Baru lepas bangun tidur, terus selfie peace menunjukkan yang aku bahagia sangat tidur dalam dewan!

Siapa UTeM Cohort 2011? Jom lambai-lambai

Aku tak pasti arr nak cakap ni part yang aku paling tunggu-tunggu ke part aku paling annoyed, kena tunggu bas weh! Kena beratur tu aku tak kisah sangat..kena tunggu the next bas bila first bas dah penuhhh, tu masalah.. hadooooi! Waiting is killing me bradeh!

Nilah first housemate aku dekat UTeM, tak cukup kuota 1Malaysia daaa. Time ni bersila-silaan dekat lantai tar sambil tunggu bas sampai nak pegi senam dekat kompleks sukan. Semua lain-lain fakulti and lain course ni, kira berkembanglah jugak...kenal budak fakulti lain. Time ni housemate pihak UTeM yang tetapkan, dorang arrange mengikut no giliran kita daftar kalau tak silap aku, sebab ada member aku yang nombor matrik awal semua kena duduk Kolej kediaman TTU (aku lupa apa maksud TTU!), aku yang pegi daftar lambat mestilah dah banyak nombor dekat nombor matrik ni duduk dekat Kolej kediaman bunga raya. Tapi,Alhamdulillah..aku dapat kolej kediaman bunga raya sebab situ memang banyak kemudahan. Paling penting, kedai makan banyak pilihan! (normal rr student mana kedai makan murah, sedap, banyak mesti serbu punyalah)

Last but not least, ni lah my first roommate in UTeM :) Yute nama dia, koi orang pahang nii. Dialah yang ngajau aku minat Super Junior! Tak pasal-pasal sem satu aku, aku dok gila dekat Hee Chul. Mana taknyaa, sebelum tidur mesti tunjuk MV SuJu kat aku..maunya aku tak gila dekat abam abam SuJu time tu! SuJu ni kan ramai member dia, dah boleh pulak aku kenal kesemua 12 ahli group SuJu time tuu! hihih -.-"

Baju yang kitaorang kena pakai time MHS ni, warna putih hitam. Sebelum masuk U, jenuh aku dok cari balik baju sekolah dulu, tak cukup tu jahit baju kurung warna putih lagik.. lepas tu, pakai time MHS tu jer, bazir pulak pikir balik. Ada elok lagi baju-baju tuu..kalau siapa siapa nak baju kurung untuk MHS, bolehlah bagi tahu aku, aku bagi jer..InshaAllah.

Rindu pulak time MHS, tapi penaaaaaat! Nasihat aku untuk adik-adik, time MHS korang layan jerrr. Kalau boleh time ni, carilah a lot of new group friends in setiap fakulti yang U korang ada, sebab senang nanti..range kawan besar! Kalau apa-apa hal senang nak mintak tolong. Lagi satu, baik-baik la dengan abang/akak fesi tuu, diorang senior kann, mana tahu nanti korang leh nak pinjam buku ke, nak cilok (tapi make sure baiki ok, jangan main cilok jer) projek dia ke, tak pun leh suruh diorang introduce tempat best dekat negeri yang korang belajar tu. Nati takdelah rasa terkontang kanting sangat,tak tahu nak pegi mana time cuti sebelum mula kelas minggu pertama tu! :D

Till then, Salam Alaik.