Showing posts with label Braces. Show all posts
Showing posts with label Braces. Show all posts

Sunday, January 10, 2016

Braces: Tips cabut gigi

Bismillah, Assalamualaikum!

Bila ada braces, maka tidak akan lari lah dengan adegan cabut gigi. So, terapkan dalam diri, aku nak pakai braces, so aku tidak boleh tidak mesti kena berdepan dengan peristiwa cabut gigi! HAHA kesian.

Tapi, tak semua orang yang pakai braces kena cabut gigi, tapi bila dalam dunia braces, cabut gigi tu adalah amalan. gitew

Aku cerita pasal cabut gigi ni sebenarnya, aku baru aje cabut gigi 2 batang gigi aku last months.

Dua batang gigi, dalam dua hari hokay uolls.

Gila tak gila time tu. Doctor pun cakap, biar betul awak ni "nak buat macam mana Doc, ni ajo cuti yang saya ado, sobs". Sebab, biasanya bila dah cabut satu batang gigi, tunggu seminggu dulu then cabut lah satu lagi. Untuk bagi sembuh gusi, so sebelah gusi lagi tu boleh buat mengunyah.

Dah bila dalam dua hari, dua batang gigi cabut. Memang takdok lah nikmat mengunyah nya! Masuk mulut, telan! Tak ke seminggu sembelit >,<' hadoi

So, sebelum cabut gigi, mesti nervous kann kann kann. haha, rileks arr cabut gigi je pon. lols paten lols

TIPS 1: berserah dan redha, hihi

Yelaa, aku paham la..sedih sebenarnya nak cabut gigi ni, lagi-lagi gigi tu tengah sihat, bukannya gigi buruk nak cabut-cabut! 

Kalau macam aku pulak kan, jenis yang sentimental value, semua barang aku nak simpan, semua macam berharga je bagi aku. Ni kan pulak gigi, yang sentiasa berada dengan aku dari kecik, kunyah bersama, makan bersama, gosok gigi bersama, ketawa bersama kalau boleh mestilah nak mati bersama.

Tapi, tulah kerana terpaksa aku relakan! Berserah ajo lah, tak cabut kang, doctor tak nak proceed.

TIPS 2: panadol

1-2 jam sebelum kena cabut gigi, boleh la telan panadol sebijik. Ni optional, tak nak pon tak apa.

Kan aku dah berpengalaman cabut 4 batang gigi semuanya. So, ada yang hari tu aku amik panadol sebelum cabut gigi. On the next week tu, aku tak ambil panadol.

Yang time aku amik panadol tu, cepat darah berhenti keluar berbanding yang aku tak amik panadol tu. Tak tahulah dimana kesahihannya tu. Wallahualam

TIPS 3: berselawat

Bila dah tiba timing dok nganga depan doctor tu, jangan lepas berselawat. Yelaa, tau doctor dah berpengalaman dan belajaq apa sume.

Tapi, doctor tu sapa? manusia kan? 

boleh berlaku kesilapan, mana tau time tu Allah nak uji dia uji kita, tiba-tiba tengah cabut gigi kita, terpatah tinggai akar gigi kat dalam ka apa kaa... who knows

Lagipun, selawat kan boleh hilangkan nervous.

TIPS 4: gigit kapas kuat-kuat

Bila dah selesai cabut gigi, biasa doc akan letak kapas, so, time tu lagi gigit kuat-kuat. 

Biasa, memang time tengah cabut gigi tak rasa sakit sebab dah bagi bius kan. Uolls kena pikir yang lepas rasa bius tu hilang, seksa ooo dengan darahnya susah nak berhenti. 

So, gigit kapas sekuatnya!

TIPS 5: ubat tahan sakit

Biasa, pihak klinik akan bekalkan ubat tahan sikit. Dan biasa nurse akan cakap, dalam masa 4-5 jam makanlah ubat tahan sakit ni.

Kalau aku, aku akan makan ubat tahan sakit ni bila bius dah hilang, dan sakit denyut-denyut dah rasa baru aku makan, Biasa 5-7 jam selepas baru aku makan ubat tahan sakit.

Yela, nak cepat-cepat makan ubat tahan sakit buat apa, sakit pun tak rasa lagi. Ye dok? hihi

TIPS 6: makan dan minum

Biasa doc akan advice jangan makan dan minum in few hours. Biasanya aku tak akan minum dalam masa 5-6 jam selepas cabut gigi, tu pon bergantung kepada tahap darah banyak ke sikit.

Selepas, aku dah rasa darah dah berkurang sikit, the first thing aku minum is air berais/ air sejuk takpun ice-cream. Cold things can soothe your gum.

Tips: untuk kurangkan darah. 2-3 jam selepas cabut gigi, letak ais dekat gusi yang baru lepas cabut gigi tu. It's works!

TIPS 7: ubat kumur

Biasa 2-3 hari lepas cabut gigi kan, kalau kita makan, mesti makanan akan melekat dekat lubang gusi yang baru kehilangan gigi tu.

So, ia menyebabkan makanan melekat tu jadi busuk, longkang tau longkang? gitu r hahah

Jadi, setiap kali lepas makan, dicadangkan berkumur biasa dan disusuli dengan ubat kumur. Tak kiralah jenama apa, janji dia ada tulis "for gums/ for healthy gums" gitula wei


TIPS 8: makan sebelum cabut

Haaaa, ni penting sebenarnya, makan kenyang siap-siap sebelum pergi cabut gigi.

Sebab, dikhuatiri cabut gigi dengan perut kosong, akan jadikan anda ketaq lutut, menggigil. Ada kaitan dengan darah keluar banyak kot.

So, satu lagi kelebihan makan siap-siap ni adalah lepas cabut kan kena tunggu berjam-jam baru selesa nak makan! So, kesimpulan pergi makan benda yang betul-betul kenyang dulu sebelum cabut gigi! hihi


So, itu sahajalah tips berdasarkan pengalaman aku. Mungkin berbeza-beza hasilnya, bergantung kepada individu.

Till Then, Salam Alaik!

Saturday, May 23, 2015

step sebelum pakai braces (in details) part II

Bismillah & Assalamualaikum,

Jom kita sambung step sebelum pakai braces part I yang tergendala hari tu, calculator jangan lupa pegang uolls, untuk baca part 1 [klik sini]. Now, you on your way to pakai gigi besi. yeayy! :D cop! Sebelum tu. anda dinasihatkan kenal dulu struktur braces

Courtesy of.. aku lupa. Tapi yang penting bukan aku punya la. Okay, camnilah struktur braces yang akan ada dalam mulut uolls. kenal elok-elok tau, lepas ni aku akan kerap sebut term-term tersebut

Tapi, susunan tu bergantung kepada struktur gigi uolls. Tu doctor yang decide lah, dia lebih tahu dari kita yang bukan dentist ni kan. So, let doctor decide lah yang tu tu. Mari, kita mulakan proses cerita nak pakai braces


PASANG BAND

Lepas dah scaling dan gigi geraham dah menjarak sedikit lepas pakai spacer hari tu kan. Maka, tibalah masanya untuk pakai ortho band. Ortho band ni wajib di pasang first sebab band ni seolah-olah tunjang untuk gigi lain 'berpegang' bila dah pasang bracket, archwire nanti. Band ni macam contoh kita nak main tarik tali kan, kita mesti letak orang paling gemuk/besar dekat belakang untuk jadi tunjang kuat team kita kan, haa acamtulah kronologi dia. Band ni ada size dia, size dia mengikut size gigi geraham kita. Aku dengar masa doctor nak pasang band dekat gigi aku, dia sebut 20, 21 camtulah. Sakit tak? tak sakitlah sebab gigi kita kan dah ada jarak selepas pakai spacer tuu.


Kalau aku, lepas dah pasang band, doctor letak some kind of simen untuk elakkan band tu tercabut dan mudah tercabut bila kita termakan benda keras. So, okayla band aku tak mudah tercabut, but bit tak selesa la bila you dah tak rasa you punya gigi geraham bila gigit makanan. Bayar RM 350


CABUT GIGI

Haa, ni adalah stage yang paling ditakuti ramai kan? termasuk aku. sobssss! Aku kena cabut 2 batang gigi atas. Bukan geraham, tapi gigi selepas gigi taring aku. Aku sayang woo gigi tuu, bagi aku semua gigi adalah precious! Aku ni dah la jenis semua barang adalah sentimental value dan penting bagi aku walaupun benda tu adalah tulisan conteng-conteng jer. Ni kan, pulak gigi kann,sobs. And, boleh pulakk aku tanya doctor camni

"doctor, memang wajib eh cabut gigi? kalau tak cabut tak boleh ke?" sambil buat muka paling kesian

doctor gelak jer lah kat aku, dia cakap kalau tak cabut nanti gigi tak boleh nak bergerak. Maka, beruntunglah mereka-mereka yang pakai braces tapi tak payah cabut gigi. tsskkk

nampak tak muka menyesal, lepas kena cabut gigi? T_T

Mula aku kena cabut gigi sebelah kiri, than seminggu kemudian gigi sebelah kanan pulak. Nanti dalam entry lain aku cerita details pasal cabut gigi dan tips dia ye. Sebab panjang jugak cerita pasal cabut gigi ni :') Masa ni bayar RM 58-60 untuk sebatang gigi. Kalau nak cut-cost boleh cabut dengan klinik kerajaan, lepas dah make sure gigi mana yang nak kena cabut. Boleh ke camtu, buat braces dengan swasta, cabut gigi dengan kerajaan? boleh kott. klik sini untuk tips cabut gigi [klik]


PASANG BRACKET

Lepas awak dah rasa gusi dah sembuh sikit, dah boleh la buat next appointment untuk pasang bracket to each of your teeth. suka tak, suka takk? haha. Bracket ni macam ni

bracket ni satu-satu camni dipasang setiap gigi awak

Masa ni memang kena buka mulut luas-luas, dan doctor akan pasang benda yang akan ngangakan mulut kita. Mula-mula doctor akan keringkan gigi kita, dan macam letak gam kot di setiap gigi kita dan doctor akan pasang satu bracket dekat satu gigi, then keringkan guna some kind macam laser pon ada sebab benda tu keluarkan warna biru dan nurse akan pegang penghadang papan plastik diantara gigi kita dan mata doctor. Pastu, proses ini akan berterusan untuk setiap gigi awak. Setiap gigi ada dia punya bracket, memang tak boleh nak bergaduh kenapa gigi ni bracket dia camni, kenapa gigi ni bracket dia lain. Memang camtu, setiap gigi ada dia punya bracket khas dan ada fungsi dia.

On that day, doctor pasang bracket jer kat aku, sebab doctor nak tengok refleks mulut aku terhadap logam selama 24 jam, nak tengok tindak balas cik mulut aku terhadap logam tu samada ada luka ke ulcer ke. Masa ni dah kena bayar deposit sebanyak RM 1500. dan masa ni, nurse dah suruh beli berus gigi khas untuk ortho punya berus gigi sebab dah ada besi kan dekat gigi, maka berus gigi pun dah kena bertukar laa :B


PASANG ARCHWIRE DAN ELASTIC TIE

Kesokkannya, next appointment untuk pasang archwire dengan elastic yang berwarna-warni kesukaan ramai tu laa. Doctor tanya la, ada sebarang sakit ke apa ke. Kalau tak ada, then proceed. Masa ni doctor suruh pilih ortho elastic tie aku nak color apa, aku pilih kombinasi pink dan hitam, ihhhi! Doctor cakap, ni mesti personaliti dalam lembut ada keras ni.

Mula-mula doctor akan pasang archwire dulu barulah pasang elastic tie tu. Masa doctor tengah pasang elastic tie tu, ada rasa sedikit tekanan dan sakit sikit. Masa ni dah rasa gigi, sangat-sangat ketat dan rapat, sebab doctor dah pasang dan ketatkan archwire tu kan. Dan, kalau anda nak tahu, sakit ni anda akan rasa setiap bulan setiap kali selepas appointment sebulan sekali tu.

Ni lah dia, color-color elastic tie yang anda boleh pilih, nak buat warna-warni dekat gigi pun boleh, hehe

ni lah cara masa doctor nak pasang elastic tie tu, tapi jangan ingat elastic tie ni untuk cantik je, dia ada fungsi dia tauu

Then, bolehlah anda senyum dan nampaklah sebaris gigi anda dengan besi dan getah yang berwarna-warni itu. Senyumlah anda, dan tunggu lah saat-saat gigi anda bergerak slow-slow dari hari ke hari. Setiap kali appointment kena bayar dalam RM 150-200.


Bila gigi anda dah bergerak, rasa sakit dan seksa yang dilalui tu rasa terbayarlah jugak. Happy bila tengok gigi dah ways to align. Alhamdulillah. :D


Till Then, Salam Alaik.

Saturday, May 16, 2015

step sebelum pakai braces (in details) part I

Bismillah & Assalamualaikum

Entry kali ni aku nak cerita details apa step yang perlu dan kena buat sebelum pakai braces. Memandangkan ramai yang pm/whatsapp aku soalan, jangan risau aku pun macam tu, sebelum pakai braces lebih 10 orang kawan, pakcik makcik saudara mara yang dah pakai braces aku cari, ihiks.

Yeee, aku tahu sekarang dah ada invisalign, but for me, braces is never old school, and affordable prices untuk yang tahap-tahap sederhana yang tak mampu nak pakai invisalign ni kannn. Sebelum ni aku ingat pergi klinik gigi jer, terus boleh pakai braces! Aku je ke yang macam ni? ke orang diluar sana ada jugak. mohon ada, tak nak lurus sorang-sorang :') hahah. Kalau ada, meh aku cerita secara DETAILS, sekali dengan harga aku cerita bak angg. So, pegang calculator siap-siap naa. Ready? mohon tarik napas, sebab memang panjang journey sebelum anda jadi macam ni..

Courtesy by Google. Cantik color lipstik awak

Ni step untuk buat braces dengan swasta, memandangkan umur aku dah lebih limit untuk kerajaan nak layan.ihiks. Ini hanya Guidelines sahaja sebab ini adalah pengalaman aku, mungkin pengalaman anda dan saya berbeza. Sebab, individual dan doctor pun mungkin berbeza kann. Basics, doctor aku cakap package orthodontic aku ni RM4500, tapi sabaaarr. Bayar secara Installments :) Jomm aku cerita step by step okay.


STEP 0: MENCARI KLINIK GIGI PILIHAN

Lepas dah kenal pasti, kenapa anda nak pakai braces. Keperluan ke kehendak, budget apa semua dah cukup. Okay, masa untuk cari klinik pergigian pilihan anda. First, buatlah beberapa pilihan klinik tentang harga, pakej, environment klinik dan sebagainya. Kalau boleh tengok lah beberapa review pesakit(?)-ke pengguna term lebih sesuai ni- dari klinik tersebut. Kalau aku, aku lebih prefer klinik tu doctor perempuan sebab aku perempuan, lebih selesa nak nganga luas-luas. hahah :")


STEP 1: WALK-IN KLINIK PERGIGIAN PILIHAN

Selepas anda berjaya memilih klinik gigi terbaik in town. Maka, buatlah walk-in ke klinik tersebut untuk doktor mengenalpasti masalah dan penyelesaian terhadap gigi anda. Biasanya, doctor akan check dan akan bertanya apa masalah gigi awak, kenapa awak rasa begitu? Ni pengalaman doctor aku tanya aku lah. Ni, macam proses doctor mengenali kita lah kot. Doc tanya, kerja ke belajar, tinggal kat mana, acamtulah lebih kurang. - Masa ni bayar RM 35.


STEP 2: X-RAY GIGI

Lepas doc dah check, doc bagi aku satu surat refer untuk bahagian x-ray di hospital kerajaan untuk ortho x-ray (memandangkan klinik tempat aku buat braces tiada machine x-ray) Jadi, aku rasa ni bonus bagi aku, sebab lebih murah! hihihi. Ada dua x-ray kena buat (term dia; 1. an OPG 2. a Let. Cept -which aku tak tahu maksud dia apa-) 1st; masuk ikut lubang telinga. 2nd; machines tu pusing-pusing kepala kita. X-ray tengkorak ni untuk doc nak diagnosis la bahagian tengkorak gigi kita, kot-kot ada benih gigi lagi ke dalam gusi tu, kang tak pasal ada yang tak habis keluar gigi lagi, hihih. Aku, Alhamdulillah, gigi semua dah keluar, cuma problem aku adalah gigi bongsu yang paling last tuu, yang dah tak muat gusi tuu dah keluar geraham kiri. - masa ni bayar RM 70.

Rasa insecure tengok tengkorak sendiri :')

STEP 3: DENTAL MOLD a.k.a ACUAN GIGI

Lepas aku dah bagi image x-ray dekat doctor aku. Doc akan cerita sikit la apa struktur gigi kita apa semua. Then, doc amik acuan gigi ataupun dental mold. Dental mold ni untuk doc refer gigi kita sebelum pasang braces. Dental mold tekstur dia macam lumpur kot, nasib rasa manis-manis strawberry! - masa ni bayar RM 85.

Courtesy by Google. Macam ni lah lebih kurang. Aku lupa nak ambik gambar aku punya dental mold

STEP 4: PASANG SPACER

Lepas dah settle buat acuan apa semua, next appointment adalah untuk pasang spacer. 8 pieces of spacer dipasang diantara gigi geraham atas bawah kiri kanan, spacer adalah penjarak untuk Orthodontic Bands dipasang selepas gigi geraham dah menjarak sedikit. Tempoh spacer ni kena ada dekat gigi tu seminggu or more bergantung kepada tahap keras ke lembut gusi seseorang lah kot. Masa pakai spacer ni, sakit dia like-a-hell! Memang sakit tersangattt oooi, bayangkan nak gigit memang total tak mampu, makan nasi air pun main telan-telan jer. Rasa macam gigi nak luruh semuaaaa, time nak tidur macam nak nangis je, tapi tahan jer lah sebab sakit ni aku yang cari. sobbsss. - tempoh sakit 5-7 hari - time ni bayar RM 150.

Courtesy by Google. Macam ni lah lebih kurang spacer dipasang dekat gigi aku, cuma ni gambaran gigi atas, gigi bawah pun kena jugak okay


STEP 5: TOOTH SCALING (if needed)

Ni, cuci gigi or tooth scaling lah. Tahukan tooth scaling ni macam mana? Biasa buat kan, buang segala kekotoran yang melekat dekat gigi yang berus gigi tak mampu nak tanggalkan. Bagi yang tak pernah scaling, scaling ni sakit sikitlah, macam kena gigit semut. Lepas scaling, gigi akan rasa lebih ringan, lebih cuci, gusi macam luka sikitlah sebab karang ke, apa ke dah tercabut kan.Tooth scaling ni perlu lah dibuat sebelum Orthodontic Bands dipasang, sebab kalau ada karang gigi ke apa, susah gigi tu bergerak nanti - masa ni bayar RM 75 kalau nak cut-cost boleh buat dengan kerajaan scaling RM 2 je.

Tapi, aku nasihatkan buat tooth scaling ni lepas cabut gigi (kalau case awak kena cabut gigi laa), sebab kemungkinan karang gigi diantara gigi awak tu wujud, dah dua kali scaling kena buat kann (sebelum cabut gigi, selepas cabut gigi). Buat sekali dah, tunggu 6 bulan akan datang pulak scaling gigi.


Tu jelah hari ni, nati aku sambung lagi. Panjang lagi journey sebelum awak tersenyum nampak besi tuuu, wait for my next entry okay, kalau sudi la :p

untuk part II [klik sini]

Till Then, Salam Alaik.