Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, August 09, 2015

resipi: ayam madu versi ringkas main-hentam-saja

Bismillah
Assalamualaikum Y'Allss

Bila pasal makan kan? mestilah kita nak makan benda sedap, ye dak? Kalau bab masak, mestilah nak masak simple tapi sedap dia macam makan restoran! gituw haa.

Secara jujurnya, aku takdelah pandai masak mana (public nya ko punya statement patin~) sebab, dekat rumah pun, kalau aku masak pun masak untuk aku dan adik, umi jer kadang-kadang join sekaki makan apa yang aku masak, tak ketinggalan kucing aku, haha. Abah memang dia susah sikit nak makan air tangan orang lain selain umi.

Aku kalau masak memang guna tastebud je. Maksudnya aku campak-campak jerlah apa yang ada dekat dapur tu. Kalau masakan berdasarkan resipi pun, aku bukan ikut sangat, mesti aku ubah resepi orang punya! Contoh, dalam resipi guna air asam jawa, tapi asam jawa dah habis pulak, nak pegi beli malas, ye dok? So, aku ganti dengan apa yang ada jerlah, ganti guna air limau nipis ke, tak pun apa-apa yang masam. Kalau takde sangat, aku ganti guna cuka je, lol.

Walaupon macam pelik, tapi bolehla. Entah, adik aku cakap sedap je aku masak, umi pon! Aku tak cakap okayy, dorang yang cakap, hewhew!

So, pagi tadi rasa macam terliur ayam madulah pulakkk tekak ni haa. Nak tunggu pasar malam kena tunggu petang. Masuk dapur "ummi ada ayam dak?" (ni ore kelate ko perlis nih?)

Tengok ada ayam, asas utama MADU pon ada dalam peti. Okay, settle lah tu. So, aku guna ni ja nak buat ayam madu versi aku. Simple ja barang dia


Bahan-bahan:
Maggi Cukup Rasa (ni versi malas, kalau versi rajin blend lah bawang merah etc)
Madu (apa-apa madu pon boleh, ni aku guna pure honey saudi arabia)
Sos Tiram
Sos BBQ (kalau takde sos ni, boleh guna black pepper)
Kicap sikit

*nota tambahan, kalau nak color merah guna serbuk lada, jangan guna kicap

Gaul semua bahan-bahan bersama ayam. Perap semalaman dalam peti kalau nak sedap. Kalau tak dan dah sebab lapaq sangat kan, sejam dah la.

Panaskan oven 200C, selama 40 minit. Oleskan butter dekat bekas oven.




Sesudah 40minit. Cingggg! oven berbunyi.




Tadaaa~!


Boleh dimakan bersama nasi, kentang goreng atau makan begitu saja. Ikut sukaaaa, hehe


Till Then, Salam Alaik!

Sunday, May 24, 2015

Mari membuat Yogurt bersama yogurberry yogurt maker

Bismillah and Assalamualaikum

Hari ni, iolls nak mengajak uolls untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, gittew. Jom lah, sarapan kita makan yogurt dan dinner pon yogurt. haha!

Sebab apa?

sebab sekarang yogurt dah boleh buat sendiri kat rumah, dah tak payah nak pegi beli yogurt dekat groceries shop mahupun mall.

Camne tu, nak buat sendiri? haa, meh hakak nak cerita niiii..

First of all uolls kena ada benda ni..


Yogurberry Yogurt Maker! Ni, iolls beli dekat Go Shop, tak tahu lah tempat lain ada tak, mungkin ada. Harga dia berpatutan, dan tanpa penggunaan elektrik pun! yeayy! Boleh jimat, tengah-tengah musim barang semua naik angkara GST ni kann.

Jom kita mulakan membuat yogurt ni..


Gambar atas kiri: Kita kena ada susu, pastikan Full cream milk ye, susu lain tak boleh sebab susu jenis lain tak boleh melalui proses fermentation ataupun penampaian. Lepas tu, kena ada yogurt lah, pastikan yogurt asli. Ni, aku guna yogurt asli brands tesco, aku dah cuba beberapa produk yang famous di pasaran, tak berapa nak menjadi. Tak tahulah kalau aku tersilap buat, tapi yang brands yogurt ni menjadi lah pulak kan.

Gambar atas kanan: Lepas tu, masukkan yogurt (satu bekas kecik tu jer) then, masukkan susu sehingga penuh bekas yang memang dia dah bagi seperti gambar di atas. Kacau-kacau lepas tu tutup.

Gambar bawah kiri: Masukkan air panas yang mengelegak (boling water) kedalam yogurberry yogurt maker, sehingga paras yang dah di tanda di dalam bekas tersebut, jangan over pulak.

Gambar bawah kanan: Tutup. Dan biarkan selama 8-10 jam, selepas 8-10 jam, bukak dan pastikan pembetukkan pepejal yogurt tu ada, then kacau-kacau. Masukkan dalam peti ais untuk rasa yang lebih nyaman dan dingin, ataupun makan begitu saja! Siap.

Tapi, dah nama yogurt asli, masam itu pasti! So, iolls makanlah dengan buah-buahan tempatan mahupun luar negara. Seperti..

sekarang tengah musim mangga kan, so masukkan mangga, ni paling sedap! Campuran rasa masam yogurt dan juga manis mangga, so yummmy!

kadang-kadang malas nak kupas buah, ataupun kehabisan stok buah, dried food pun best. Ni, aku guna kismis, bagus untuk untuk otak pon ye. Yang ada anak-anak kecil 2 years ke atas, I bet mereka pasti suka, macam anak-anak buah saya suka yang macam ni


Dan boleh di-variasi-kan dengan pelbagai cara lagi lah, sometimes aku makan dengan ice-cream, kalau rajin sikit buat smoothies. Lagi satu, jimat pun jimat, cuma guna yogurt asli bekas yang kecik tu boleh buat banyak-banyak dan dan bila yogurt dalam bekas dah nak habis (tinggal 3/4 jer lagi) just top-up susu dan buat proses macam yang dah ditunjuk di atas. Mudahnya membuat yogurt sekarang, haiiih :D

Till Then, Salam Alaik.