Showing posts with label Thought. Show all posts
Showing posts with label Thought. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

solat jenazah

Bismillah, Assalamualaikum!

Sekarang musim Haji kan? Ya Allah, rindunya Makkah dan Madinah. Tapi, 2-3 hari lepas kita dikejutkan dengan peristiwa kren jatuh dekat kawasan saei dan perkarangannya di masjidil haram. Rata-rata family yang kehilangan keluarga di atas peristiwa tersebut redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah.

Tetapi, tidak sikit pasti sedih tu ada kan? InshaAllah, mereka-mereka adalah insan yang dipilih oleh Allah. Hembuskan nafas terakhir di tempat paling suci, hari Jumaat. Subhanallah. Menjadi idaman setiap muslim rasanya untuk meninggal atau hidup di tanah haram Makkah dan Madinah.

Dan, di Masjidil Haram Makkah dan Masjid An-Nabawi Madinah memang ada sahaja solat jenazah setiap sesudah solat waktu. Bayangkan, kita (jenazah) disolat dan didoakan oleh berpuluh ribu umat Islam. Dan kebanyakkannya mereka, jiwanya tengah disucikan (which means buat Umrah dan Haji)

Rindu pulak. Rindu nak solat jenazah setiap kali selepas solat jemaah waktu. Aku pon mula-mula pelik, macam confuse la. Eh, perempuan pon boleh solat jenazah ke? Lagipun, tempat kita tak biasa buat kan. Biasanya lelaki aje yang solat jenazah (kalau dalam lingkungan kehidupan aku, kehidupan orang lain mungkin tak sama)

Hari pertama dekat Makkah, aku ikut sekali solat jenazah, tapi tak tahulah betul ke idok?! haha. Tapi, bukan aku je okay, most of it yang datang mungkin tak biasa. Lepastu, dalam talk dekat hotel, ada orang Arab bagi speech dekat depan ajar cara solat Jenazah, bagi speech dalam bahasa Arab. Nganga jugaklah. Nasib hasil usaha sekolah Arab 3 tahun, dan bahasa ketiga dekat Uni ambik Bahasa Arab. Pahamlah jugak apa yang dia bagi speech tu. Hehe.

Ustaz pun ada cakap, jika kita solat Jenazah sekali selepas Solat Jemaah waktu. Ganjarannya setinggi bukit Uhud. InshaAllah.

Alhamdulillah, aku ni dari tak pernah solat jenazah, lama-lama jadi tahu nak baca apa, apa semua. Tambah ilmulah sikit, ye dok?!

Solat Jenazah ni Fardu Kifayah.

Tapi dah balik kampung ni, tak praktik pulak solat jenazahnya. Karang lupa, aku nak tulis siap-siaplah tertib solat jenazah. Solat Jenazah ni ada empat kali takbir. Mudah aje solat jenazah ni, amboi kau patin! hehehe

1. Lafaz dan niat(takbir pertama)

Sahaja aku solat jenazah di atas mayat ini fardu kifayah empat kali takbir, makmum kerana Allah Taala


2. Membaca Al-Fatihah

3. Allahu Akbar (takbir kedua) dan membaca selawat keatas Nabi Muhammad. Nak baca selawat yang macam dalam tahiyat pon boleh, yang sampai Nabi Ibrahim

4. Allahu Akbar (takbir ketiga) diikuti doa.

5. Allahu Akbar (takbir keempat) diikuti doa.

6. Memberi Salam sebelah kanan


Yang doa tu dia ada doa khas,


Tapi, mula-mula tu jangan nak expect aku boleh ingat semua ni, aku ni dahla ada masalah sikit kalau nak cepat ingat.

Habis aku buat macam mana? buat macam mana lagi. Baca dalam bahasa Melayulah. Apalagi~ #sisbuatkelakar hehe

p/s: mari sedekahkan Al-Fatihah kepada seluruh Umat Islam yang telah pergi menghadap Ilahi. Al-Fatihah


Till Then! Thank you for reading!

Friday, August 21, 2015

aku bersyukur

Bismillah



Aku bersyukur aku dilahirkan dalam agama Islam.

Aku bersyukur aku adalah ummat Nabi Muhammad kekasih Allah.

Aku bersyukur aku dilahirkan dari perut ummi.

Aku bersyukur Allah pinjamkan ummi dan abah sebagai ibubapa aku.

Aku bersyukur dikurniakan keluarga dengan seadanya mereka.

Aku bersyukur Allah pinjamkan adik-beradik dengan seadanya mereka.

Aku bersyukur Allah pinjamkan aku merasai menjadi seorang kakak.

Aku bersyukur Allah pinjamkan aku merasai menjadi makcik (yang comel :p).

Aku bersyukur Allah pinjamkan aku rezeki untuk merasai pengalaman belajar.

Aku bersyukur Allah pinjamkan aku sahabat dengan seadanya mereka.

Aku bersyukur Allah hadirkan orang sekeliling yang terima seadanya aku.

Aku bersyukur Allah pinjamkan kehidupan yang sangat indah ini.

Aku bersyukur Allah pinjamkan nyawa yang masih bernyawa sampai saat ini.

Aku bersyukur Allah sentiasa hadirkan rasa takut kepada hati ini untuk sentiasa takut akan azabNya.

Aku bersyukur Allah campakkan rasa cintaNya dihati ini.

Aku bersyukur Allah sentiasa uji aku untuk sentiasa ingat kepadaNya disaat aku alpa.

Aku bersyukur Allah pertemukan aku dengan orang yang salah untuk memberi kesedaran kepada aku.

Aku bersyukur Allah jadikan aku salah dalam membuat pilihan untuk dijadikan kesedaran kepada orang lain.

Aku bersyukur Allah pinjamkan guru-guru untuk mengajar aku pelbagai bidang ilmu duniawi dan ukhrawi.

Aku bersyukur Allah pinjamkan tubuh badan ini.

Aku bersyukur Allah pinjamkan ibubapa yang sentiasa ingatkan aku mengenai Agama Allah.

Aku bersyukur Allah turunkan rezeki yang secukupnya kepada keluargaku.

Aku bersyukur Allah jadikan aku untuk merasa kehidupan di dunia ini walau sementara.

Aku bersyukur Allah jadikan AKU, AKU yang bernama Cahaya Keindahan Yang Beradab.

Aku bersyukur menjadi AKU. Alhamdulillah.




P.S: Terlalu banyak untuk disyukuri dalam hidup ini. Setiap orang punyai bahagian masing-masing

Wednesday, August 05, 2015

adakah mereka lupa?

Bismillah
Assalamualaikum Brothers and Sisters

Kebelakangan ni, aku tengok ramai lelaki disekelilingku apabila dah berkahwin seakan lupa bahawa ibu mereka adalah masih yang utama.

Adakah mereka lupa atau memang tidak tahu? Agak mustashil kalau tidak tahu sebab di dalam Al-Quran sudah lama menceritakan mengenai bab ini.

Disebabkan ingin menjaga hati isteri, rela melukai hati ibu sendiri. Subhanallah, sungguh.. sungguh sakit untuk aku menelan kenyataan ini.

Demi Tuhan, aku lebih rela jika ada jodohku di dunia, lebih rela dan sanggup aku di jodohkan dengan lelaki yang "anak mak" sebab memang patut pun mereka mendahului mak mereka daripada aku sang isteri. Selagi maknya juga tahu batas dan hukum untuk tidak mengambil kesempatan dan menganiyai aku *peace*

Berbalik kepada cerita tadi, ye, sebagai lelaki, walaupon anda telah berkahwin, monarki dan priority susunan untuk anda dahului setelah Allah s.w.t. dan nabi junjungan Muhammad Rasulullah, adalah ibu dan ayah mu sendiri, mertuamu dan barulah isteri dan anak-anak. Si isteri pula WAJIB tahu yang suaminya PERLU dahului ibu dan ayah dahulu barulah mereka, si isteri. Adakah mereka lupa?

Jangan disebabkan kamu (sang isteri) yang terlalu seek-of-kasih-sayang of your husband, sampai kamu menyekat kasih sayang antara ibu dan anak itu, jealous katanya!

Dan, sebenarnya jika lelaki itu tahu hukum agama, dia akan menegur dan berbicara seeloknya dengan isteri bahawa dia perlu utamakan ibu ayahnya dan mertuanya dahulu dalam segala hal pun.

Tapi, kalau dua-dua (laki bini) tu tak ambik tahu pasal ni?

MAKA, selalu makan hatilah mak ayah tu. Nauzubillah.



Tapi, sang ibu, walaupon anaknya kadang-kadang menyisihkannya dan sudah berapa ribu kali makan hati/sentap/ dan sebagainya, tetapi apabila si anak menghadapi masalah TETAP mendoakan dan menolong si anak itu walau bagaimana caranya sekali pun. Itulah, THE POWER of MOM! Sentiasa ada bila perlu :')

Tapi, si anak pulak pulak, bila dah settle hal, lupa kat mak balik! Bila susah baru cari mak, macam ko buat dekat ALLAH la jugak kan? bila susah baru cari sejadah nak sembahyang berdoa! (Semoga Allah memberi hidayah kepada kalian dan aku, amin)


Wahai lelaki-lelaki diluar sana, tolonglah, tolong ambik tahu pasal ni. Ingat, Selepas Allah dan Rasul, ibu dan ayah, mertua,then barulah isteri dan anak. Ini adalah monarki mu selepas kahwin. Jangan disebabkan terlalu bahagia dalam dunia perkahwinan mu sehingga kamu lupa apa tanggungjawabmu yang lagi satu ini. Iaitu tanggungjawab kepada kedua ibubapamu sendiri dan mertuamu.


Aku pun tak kahwin lagi, tapi sama-samalah kita saling ingat-mengingati! Yang baik hanya dari Allah, yang buruk dari aku sendiri.


Till Then, Salam Alaik.

Fatin Adibah

Monday, May 04, 2015

First Impressions? Gigi :D

Bismillah & Assalamualaikum

First impressions a.k.a tanggapan untuk kali pertama aku terhadap seseorang adalah GIGI. Bila, aku cakap dekat member-member aku yang aku suka tengok gigi orang, they was like "ishhh, pelik lah ko ni patin" aku pun tak pasti, berapa level tahap pelik aku ni, tapi aku memanggggg suka ssangat tengok gigi orang, hahaha :'D

Mungkin bagi orang lain, first sekali bila kali pertama anda jumpa orang mungkin, anda akan tengok muka, mata, kulit, rambut, tinggi or apa-apa lah kan. Tapi aku, bila first sekali aku tengok peoples adalah gigi dia. Bagi aku, gigi adalah tempat paling menarik untuk diperhatikan. Melalui gigi, aku boleh tengok dan mungkin juga nilai tahap kebersihan seseorang.

Sebab gigi, simple aje, kalau kita menjaga, maka bersih lah ia. Kalau nak judge muka, muka dan rupa adalah pemberian Allah, memang tak boleh nak ubah. Kalau nak judge kulit putih ke hitam seseorang itu juga sama, pemberian yang maha kuasa, tak boleh ubah! Kalau nak judge kesihatan kulit seseorang, juga sama, tak boleh nak control sebab kulit bergantung kepada hormone seseorang. Nak judge rambut pun sama, you cannot control it.

Tapi gigi, kalau anda gosok gigi at least twice a day, jumpa dentist sekurang 6 bulan sekali, aku rasa tak akan ada masalah, melainkan anda mencari penyakit seperti sebelum tidur malas nak brush gigi, merokok, suka minum kopi or else lah kan. Tak semestinya gigi seseorang tu perlu lurus macam pembaris, putih berkilat seperti ini

courtesy by Google. Tak luruih putih macam ni pon tak apa aihh, asal bersih dan sihat jaa

Gigi boleh mengubah rupa seseorang, kalau anda perasan mak, ke abah ke, nenek ke, atok anda ke yang dah pakai gigi pelesu, cuba tengok gambar diaorang yang dulu dengan yang sekarang. Lain kan?

Kadang-kadang dengan tengok gigi seseorang, then dia senyum, senyuman dia pulak boleh membuatkan kita pun turut tersenyum, melting oiiii. Macam aku cakap tadi, tak semestinya gigi dia tuu lurus macam pembaris, tapi susunan gigi dia menarik! contoh paling dekat, hmmm sape ek? kalau artis dekat Malaysia, Sharnaaz Ahmad (aku mentioned dia, tak semestinya aku ni fan club dia), gigi dia tak lurus kan? tapi aku suka tengok. Ni lah, maksud dia gigi yang menarik!

courtesy by Google. aku memang suka twilight, tapi aku #teamJacob okay, cuma ni aku nak tunjuk gigi dia tak straight sangat pun, tapi menarik bagi aku!

courtesy by Google. James Franco walau awak dah tua, tapi tiap kali awak senyum, saya pun turut senyum bersama, ahaks!

courtesy by Google. Kalau perempuan pulak, Ariana Grande, gigi dia tak lurus macam pembaris pun, ada cam naik makin menaik sikit kan, tapi menarik! :D

courtesy by Google. Ni gigi Hillary Duff selepas dia buat dental cosmetic, cantik tapi nampak tak real kan. Aku lebih suka gigi dia yang natural dulu, masa dalam Lizzie Mcguire

courtesy by Google. Lizzie Mcguire :) Beza kan dia dengan sebelum ni

So, gigi sangat penting bagi penampilan seseorang. Jadi, rajin-rajinlah gosok gigi, ihikss!

Till Then, Salam Alaik.

Tuesday, April 28, 2015

Ibu Kool, Bapa Hebat

Bismillah & Assalamualaikum

Semalam, aku teman kak ipaq dengan anak buah pegi klinik ibu dan anak for check-up bulanan baby. Sambil menunggu dekat ruang menunggu klinik tuu, aku boring then aku ambik la buku nak baca. Pilih-pilih punya pilih, aku nampak buku ni. hmmmm, menarik! benak ku berkata-kata. So, aku ambik, tajuk dia swag jugak lah aku tengok..

Jenggg jengg

Parenthood type book uolls

First page buku tuu pun dah menarik untuk aku baca for the next page. Tapi, aku tak sempat baca banyak pun.. Tapi, point yang aku paling ingat the most dalam buku ni adalah ayatnya berbentuk begini lebih kurang..

Ibu Kool, Bapa Hebat bila..

1) Anak-anak ingat peristiwa yang menggembirakan bersama ibu bapanya

2) Apabila bil telefon anak melambung tinggi, dan anda sebagai ibu bapa menyuruh anak anda membayar jumlah lebihan dari sepatutnya itu, dan mereka membayar tanpa membantah

3) Point 3, aku lupa T_T macammm biasaaalah, pelupa! sobbs. Aku rasa point ke-3 lebih kurang kot dengan point pertama. Nati aku pegi pinjam buku ni dekat perpustakaan desa kampung aku lah, aku baca balik. tssk

Dah, dalam buku tu ada 3 point je. So, Ibu Kool, Bapa Hebat kah anda semua?

Umi abah aku dalam golongan "Ibu Kool, Bapa Hebat" tak? Jawapan aku YA! sebab, semua point tu kena dengan aku sebagai anak ni haa. Aku pon nanti nak jadi Ibu Kool + swag jugekk laahhh. hahah

Till Then, Salam Alaik

Monday, April 20, 2015

Tuhan Bayar Cash

Bismillah & Assalamualaikum

Post ini adalah untuk peringatan diri aku sendiri

Jangan sesekali buat mak kita sedih, esok-esok anak kita pulak buat benda yang sama apa yang kita dah buat dekat mak kita sebelum ni. Aku dah saksikan semua ni, memang betul terjadi. Bukan filem, buka drama, tapi ini kenyataan, dalam kehidupan sebenar.

Kadang-kadang, suami kita yang derhaka pada mak dia, tapi Allah balas kat kita disebabkan kita tak pernah larang "abang, cakaplah elok-elok dengan mak abang" dekat suami kita. Yang kenanya kita (sebagai mak). Subhanallah.

Fatin, walau apa pun terjadi. Hold your temper, sabar. Jangan sampai buat hati umi ataupun mak mertua (masa depan nanti) terasa dengan tindakan kau ataupun suami kau, kalau kau tak nak anak-anak kau buat macam tu dekat kau. Umi aku pesan, bila dah ada MIL, Kalau hal sikit-sikit tu, tak payah nak makan dalam sangat. InshaAllah, InshaAllah. Allah bagi kesabaran yang tinggi pon cukup lah.

Kalau hawa itu berilmu, dia pasti akan tahu ibumu adalah yang pertama prioritinya dalam hidupmu kerana dia juga bakal ibu yang mahu begitu


give and take okay, saya sayang mak awak, awak sayang mak saya <3

Till then, Salam Alaik.