Jom kita sambung step sebelum pakai braces part I yang tergendala hari tu, calculator jangan lupa pegang uolls, untuk baca part 1 [klik sini]. Now, you on your way to pakai gigi besi. yeayy! :D cop! Sebelum tu. anda dinasihatkan kenal dulu struktur braces
Tapi, susunan tu bergantung kepada struktur gigi uolls. Tu doctor yang decide lah, dia lebih tahu dari kita yang bukan dentist ni kan. So, let doctor decide lah yang tu tu. Mari, kita mulakan proses cerita nak pakai braces
PASANG BAND
Lepas dah scaling dan gigi geraham dah menjarak sedikit lepas pakai spacer hari tu kan. Maka, tibalah masanya untuk pakai ortho band. Ortho band ni wajib di pasang first sebab band ni seolah-olah tunjang untuk gigi lain 'berpegang' bila dah pasang bracket, archwire nanti. Band ni macam contoh kita nak main tarik tali kan, kita mesti letak orang paling gemuk/besar dekat belakang untuk jadi tunjang kuat team kita kan, haa acamtulah kronologi dia. Band ni ada size dia, size dia mengikut size gigi geraham kita. Aku dengar masa doctor nak pasang band dekat gigi aku, dia sebut 20, 21 camtulah. Sakit tak? tak sakitlah sebab gigi kita kan dah ada jarak selepas pakai spacer tuu.
Kalau aku, lepas dah pasang band, doctor letak some kind of simen untuk elakkan band tu tercabut dan mudah tercabut bila kita termakan benda keras. So, okayla band aku tak mudah tercabut, but bit tak selesa la bila you dah tak rasa you punya gigi geraham bila gigit makanan. Bayar RM 350
CABUT GIGI
Haa, ni adalah stage yang paling ditakuti ramai kan? termasuk aku. sobssss! Aku kena cabut 2 batang gigi atas. Bukan geraham, tapi gigi selepas gigi taring aku. Aku sayang woo gigi tuu, bagi aku semua gigi adalah precious! Aku ni dah la jenis semua barang adalah sentimental value dan penting bagi aku walaupun benda tu adalah tulisan conteng-conteng jer. Ni kan, pulak gigi kann,sobs. And, boleh pulakk aku tanya doctor camni
"doctor, memang wajib eh cabut gigi? kalau tak cabut tak boleh ke?" sambil buat muka paling kesian
doctor gelak jer lah kat aku, dia cakap kalau tak cabut nanti gigi tak boleh nak bergerak. Maka, beruntunglah mereka-mereka yang pakai braces tapi tak payah cabut gigi. tsskkk
Mula aku kena cabut gigi sebelah kiri, than seminggu kemudian gigi sebelah kanan pulak. Nanti dalam entry lain aku cerita details pasal cabut gigi dan tips dia ye. Sebab panjang jugak cerita pasal cabut gigi ni :') Masa ni bayar RM 58-60 untuk sebatang gigi. Kalau nak cut-cost boleh cabut dengan klinik kerajaan, lepas dah make sure gigi mana yang nak kena cabut. Boleh ke camtu, buat braces dengan swasta, cabut gigi dengan kerajaan? boleh kott. klik sini untuk tips cabut gigi [klik]
PASANG BRACKET
Lepas awak dah rasa gusi dah sembuh sikit, dah boleh la buat next appointment untuk pasang bracket to each of your teeth. suka tak, suka takk? haha. Bracket ni macam ni
Masa ni memang kena buka mulut luas-luas, dan doctor akan pasang benda yang akan ngangakan mulut kita. Mula-mula doctor akan keringkan gigi kita, dan macam letak gam kot di setiap gigi kita dan doctor akan pasang satu bracket dekat satu gigi, then keringkan guna some kind macam laser pon ada sebab benda tu keluarkan warna biru dan nurse akan pegang penghadang papan plastik diantara gigi kita dan mata doctor. Pastu, proses ini akan berterusan untuk setiap gigi awak. Setiap gigi ada dia punya bracket, memang tak boleh nak bergaduh kenapa gigi ni bracket dia camni, kenapa gigi ni bracket dia lain. Memang camtu, setiap gigi ada dia punya bracket khas dan ada fungsi dia.
On that day, doctor pasang bracket jer kat aku, sebab doctor nak tengok refleks mulut aku terhadap logam selama 24 jam, nak tengok tindak balas cik mulut aku terhadap logam tu samada ada luka ke ulcer ke. Masa ni dah kena bayar deposit sebanyak RM 1500. dan masa ni, nurse dah suruh beli berus gigi khas untuk ortho punya berus gigi sebab dah ada besi kan dekat gigi, maka berus gigi pun dah kena bertukar laa :B
PASANG ARCHWIRE DAN ELASTIC TIE
Kesokkannya, next appointment untuk pasang archwire dengan elastic yang berwarna-warni kesukaan ramai tu laa. Doctor tanya la, ada sebarang sakit ke apa ke. Kalau tak ada, then proceed. Masa ni doctor suruh pilih ortho elastic tie aku nak color apa, aku pilih kombinasi pink dan hitam, ihhhi! Doctor cakap, ni mesti personaliti dalam lembut ada keras ni.
Mula-mula doctor akan pasang archwire dulu barulah pasang elastic tie tu. Masa doctor tengah pasang elastic tie tu, ada rasa sedikit tekanan dan sakit sikit. Masa ni dah rasa gigi, sangat-sangat ketat dan rapat, sebab doctor dah pasang dan ketatkan archwire tu kan. Dan, kalau anda nak tahu, sakit ni anda akan rasa setiap bulan setiap kali selepas appointment sebulan sekali tu.
Then, bolehlah anda senyum dan nampaklah sebaris gigi anda dengan besi dan getah yang berwarna-warni itu. Senyumlah anda, dan tunggu lah saat-saat gigi anda bergerak slow-slow dari hari ke hari. Setiap kali appointment kena bayar dalam RM 150-200.
Bila gigi anda dah bergerak, rasa sakit dan seksa yang dilalui tu rasa terbayarlah jugak. Happy bila tengok gigi dah ways to align. Alhamdulillah. :D
Till Then, Salam Alaik.
40 comments:
Hai..awak pakai dekat klinik mana ye?
hai, saya buat dekat klinik kota bharu, kelantan :D
Cabut gigi and pasang braces pada ari yg sama ke lain2?
Hi, normally dah sembuh cabutan gigi, usually a weeks after cabut gigi then pasangla braces.
klinik kota bharu tu kat mana awak? saya pun org kota bharu,
Hi, dekat klinik mama :D sebelah kpj
Dr amik masa yg lama x utk pasang bracket tuu kt gigi??
x lama, biasa bracket tu biar adapt dengan gigi dalam masa lebih kurang seminggu je. Then, boleh la pakai full bracesd :D
hai fatin..sya nk tw brape kos awk wt braces tu yea?
Hai Eiza, doc anggar 4.5k. But, I think the cost in more than that including cost cabut gigi, scaling and all T_T I think beauty need sacrifices ='P
Hai fatin.. utk appointment follow up brape ratus eh kt klinik mama?
Lepas pasang logam dekat gigi tu awak bersihkan gg mcm mana? Ada entry untuk cara penjagaan gigi selepas pasang logam tu and selepas pasang braces?
Hi Unknown (sorry la kita tak tahu nama awak T__T) Actually, depends kepada awak tukar apa masa appointment tu. Range harga Rm150-250 =)
hai Hanis :) actually dah lama kita nak uodate blog pasal pembersihan gigi masa pakai braces, sebab penting kan. Nati kita update ye =D
ada yg tak payah cabut gigi ke? kes yg mcm mne ekk.hahhaa tkutnyaaa
ada yg tak payah cabut gigi ke? kes yg mcm mne ekk.hahhaa tkutnyaaa
Hai, saya nak tanya. Kalau nak bayar kos braces tu bayar ansur2 ke mcm mana ya?
Sis berapa lama nak kena tunggu untuk pakai braces ?
Hi awk. Dlm 150-250 depends masa tu tukar apa :-)
Yg tak payah cabut gigi biasanya problem gigi awk x teruk sgt.. Which means cukup ruang kalau gigi tu bergerak hihi ;-)
Hi awk. Biasanya.. Doc akan amik deposit. Then setiap kali appointment bayarlah hihi ;-)
Hi dear. Kalau swasta x payah tunggu pon.. Heheh ;-)
Assalamualaikum. Time pasang band yang besi tu kan. The way nak gosok gigi still macam biasa ka? I forget to ask the doc
Assalamualaikum . Nak tanya , masa pakai bracket tu sakit ke ?
kalau kerajaan tunggu berape lame eh?😊
😂😂 mcm nk ngis je skrg ni.. dh 3 hri psg, boleh mkn bbur je.. first chekup, buat acuan gigi n xray.. 3 hri selepasnya untk first appointment, trus pkai bracket n wayer n then cbut gigi atas sblah siung 2.. 😂😂😂 n then boh sperator.. smua srentak.. hri y sama.. ni trasa skit sgt2..
Time pakai bracket smua tu xsakit pun.. cbut gigi lg laa xrsa ape.. cuma drah je bnyk skit.. tp skjap je nt stop.. amek msa 5 jam slepas tu.. trasa skit sgt.. rupanya doc ckp gigi dh mula bergerak.. sbb tu gigi rsa longgar..
Buat di mana hari yg sama
Apa beza buat di kerajaan dan swasta
Patut la baca dari atas sama je macam aku punye..rupenye klinik yg sama.. Klinik mama jugok ruponyo.
Salam.. nama apa klinik yg sis buat tu..
Hai sis.. ok dop service kat klinik mama
Biasa kalau kerajaan almost 3 - 4 years juga nak kena tunggu. Bergantung pada nasib, my friend setahun je dia tunggu maybe rezeki dia kot.
Salam sis. Klau sis bca komen sy. Wasap sy blh x. 0199741335. Sy nk tny serba sdikit.
Salam sissssssss kalau sis baca komen sya ws saya bboleh tak ? 01114277404 sya nk tanya serba sedikit pasal bracesss :)
Assalamualaikum
Klau nk betulkn gigi depan yg atas je,kne lalui semua proses tu jgk keðŸ˜
salam kak
kena byr depposit masa daftar ke
Lain
Kak, kiranya cabut gigi slpas pasang band la?
Post a Comment