Wednesday, July 29, 2015

umrah: pertama kali tengok Kaabah!

Bismillah and Assalamualaikum sisters and brothers!

28 Sha'aban 1426 Hijri bersamaan 16 Jun 2015 adalah tarikh pertama kali aku jejakkan kaki di airport Jeddah. Sampai aje airport Jeddah dalam pukul 1 pagi waktu sana, then kena naik bas dalam 1 jam lebih perjalanan dari Jeddah ke Masjidil Haram, Makkah. Sesampainya di Al-safwah Hotel tu, ustaz cakap "okay, tu masjidil Haram tuu, dekat je dah depan mata dahhh *dengan gaya excited! hihih*" masa ni aku hanya nampak macam ni..

macam ni lah lebih kurang pandangan aku masa tu. Yang terkeluar dari mulut aku "subhanallah!" tak henti-henti

Masa ni kami jemaah dah dalam ihram, niat ihram masa dalam flight lagi, tapi aku lupa apa nama miqat tu, ehee. Nanti entry lain lah aku cerita my first umrah experiences. Dah siap angkut barang ke dalam bilik setelah dikenal pasti bilik masing-masing, ustaz bagi masa 15 minit untuk siap-siap nak ambik air sembahyang ke apa ke untuk get ready nak masuk masjidil haram buat pertama kali dan umrah pertama setelah masuk Makkah. Then, semua jemaah dah settle,turun escalator untuk ke masjidil haram. Alhamdulillah, kami dapat hotel dekat sangat dengan masjidil haram, bayangkan turun escalator hotel terus sampai perkarangan masjidil Haram, subhanallah~

Berjalanlah secara berjemaah menuju pintu masuk masjidil haram, diiringi Mutawif yang super baik, dari Padang,Indonesia bernama ustaz Fendri. Masa ni, aku dah nervous, excited, terharu semua ada dah, tak sabar nak tengok Kaabah yang selama ni aku tengok dalam TV dan kaabah di sejadah yang selalu aku guna time sembahyang dan juga gambar frame kaabah di rumah-rumah aku, tok aku, dan sesiapa sahaja yang aku pernah singgah, perasaan tu bercampur baur tahu takk. Sebak pon ada, ntahla tak boleh nak gambarkan masa ni.

Tapi, setelah masuk jer perkarangan masjidil haram, tak pasal-pasal perasaan yang bercampur baur tadi dah bertukar kepada mesmerizing pulakk dahhhh. Bertukar kenapa tau, bila aku tengok apasal semua mamat sini macam penyanyi Kun Anta tuu, sebijik adaaa, lagi handsome pun adaaa. Haaa, tak pasal-pasal dah berukar perasaan tadi, yang aku sangkakan aku akan nangis sepenuh hati bila nampak aje kaabah. Kan dah cakap, Allah boleh bolak balik kan hati manusia sekelip mata aje~~ Masa ni, mata aku asyik nak tengok orang sekeliling aja, mesmerize! tengok orang macam tu, eh apasal dia tu sembahyang macam tu, eh apasal tahiyat dia macam pelik, eh eh eh dan eh. Subhanallah, Allah nak uji time tu. Sampai lah dah betul-betul depan Kaabah, untuk mula tawaf pertama kalinya, dah betul-betul kaabah dah ni, setitik air mata pun aku tak keluar, aku masih dengan perasaan mesmerizing aku. Dengan kena berasak-asak dengan berbillion berbagai manusia dari pelusuk bumi, aku masih mesmerize! Tapi, seriously, masjidil Haram sangat cantik!

Masa ni dahla first tawaf aku, tawaf kan ada doa dia, dengan orang ramai kena berasak-asak, aku dah tertinggal belakang, dah la tak dengar dah bacaan Mutawif dekat depan tu, buku aku ada, cuma aku rasa pening sangat, nak kena pikir takut tertinggal dengan jemaah lagi, nak kena pikir kena jaga wudhuk jangan sampai batal, nak kena pikir dah lambai tangan ke tadi dekat hajaratul aswad, dah lepas multazam ke tadi ek, dah nampak lampu hijau ke tadi, aku nak kena pikir semua ni tauu, aku dalam keadaan yang cemas dan berjaga-jaga. Aku rasa bit dizzy pon ada perjalanan selama 9-10 jam, tanpa rehat, buat umrah pukul 3 pagi okay, waktu Malaysia pukul 10 malam, my bedtime. hihih.

Dah siap tawaf, ada solat sunat tawaf dan doa. Masa ni, most of jemaah nangis-nangis, tapi aku.. aku satu air mata tak keluar, aku pon rasa pelik, punyalah dekat Malaysia dah nangis terharu boleh pergi Umrah. Aku asyik tengok orang jerrr. Pukul 4 pagi macam tu dah siap satu umrah, lepas dah saei, tahalul apa semua. Naik bilik, ceritalah dekat Ummi masalah aku. Ummi aku cakap, mungkin sebab kakak tak biasa tengok lagi kot, memang kat sini macam-macam orang la. Ustaz pun pesan, kalau tengok orang pelik sikit, biasala tu mungkin mazhab lain, tak pun syiah, kadang-kadang golongan terlalu taksub pon ada.

Aku pon cepat-cepat solat sunat taubat, istighfar banyak-banyak. Then, lelap kejap dalam bilik. 4.40 dah masuk waktu subuh. Bangun dan bersiap untuk solat subuh. Masa ni, pergi masjid dah masing-masing, kira tak pergi sekali dengan jemaah lain dah. Masa ni,ummi, adik dan aku pergi masjid bersama, abah dah pergi dulu. Usai solat subuh, depan Kaabah. Masa ni, duuppp zasss hati aku berdegup kencang bila nampak kaabah, subhnallah, terdetik di hati aku "ya Allah,di antara berjuta manusia, kau pilih aku ya Allah untuk sampai di Kiblat agamaMu ya Allah." Air mata dah sok sek sok sekkk dahhh. Ya Allah, rindunyaaaa! Betul orang kata, bila dah sampai sana, memang akan nak pergi lagi.

Semoga Allah terima segala amal ibadah kita, amin.



Gambar first subuh di masjidil haram =) tengok, betapa keciknya aku dalam kalangan diorang, macam mana boleh tak mesmerizing terlampau, kihkih ='D


Ni lepas zohor, pertama kalinya bergambar depan Kaabah dengan sumaiyah (adik, kat sana kalau budak kecik dorang panggil sumaiyah) ohh, can you spot Kun Anta there? kihkihh!



Till Then, Salam Alaik!




1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.