Thursday, July 16, 2015

Ramadhan tahun ni

Bismillah and Assalamualaikum!

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 29 Ramadhan 1436 Hijri. Pagi ni last sahur, petang nanti last berbuka. Demi Allah, Ramadhan dirindui dan mengharapkan akan berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan untuk grab lagi peluang yang ada, InshaAllah ameen~~

okay, Ramadhan tahun ni..Ramadhan ni tahun bagi aku... entahlah, bagi aku ramadhan kali ni tersangat lah special. Aku pon tak pasti lah kenapa, rasa macam Ramadhan kali ni yang terakhir pun ada, Ya Allah~

Mungkin 2 years back awal Ramadhan aku di uji sikit, sikit je kot berbanding dengan orang yang lagi dahsyat ujian dia, but still lah kan. Tapi, betul lah Allah turunkan hujan rupanya nak bagi pelangi yang indah. Yang penting don't be sad, Allah is with us (yang di pihak betul la, betul lah kan? tak kanlah yang merompak membunuh sesuka hati nak bagi term don't be sad, Allah with us. Kan?)

Ramadhan tahun ni Allah bagi hadiah merasa Ramadhan dekat Makkah dan Madinah. Alhamdulillah, anugerah terindah dalam hidup. Terlalu indah sangat nikmat ni! Syukur sangat-sangat. Yang penting, jangan lupa Allah fatin!! Ingat, terlalu senang hati juga ujian sebenarnya.

Ramadhan tahun ni..

{} Merasa umrah bulan Ramadhan
{} Menyambut Ramadhan di Makkah dan Madinah
{} Jelajah masjid untuk merasa solat terawikh with different Imam
{} Berjaya tak pergi membodong makanan dekat bazar Ramadhan - in case of membazir lah, kalau setiap kali beli makanan bazar tak membazir go onlah, tolong sesama Islam berniaga :)

{} Allah bagi cuti 10 Ramadhan terakhir :') tapi tak pa, tu bukan halangan untuk tidak menghidupkan malam kan. Kita boleh je berzikir, mengaji (tapi tak boleh pegang Quran taw, so apa aku buat, dekat astro kan yang mengaji quran juzuk tu, aku follow yang tu jerlah, hehe), berdoa still boleh tapi mula-mula rasa awkward sikit sebab kena berdoa tanpa amik air sembahyang tak pakai tudung secara proper (means tak pakai kain sembahyang). adeh~~ pastu, boleh dengar program-program ilmu, banyak sangat dekat tv.

{} merasa bersahur atas flight dekat sri lanka, berbuka dekat airport KLIA :') hihih, pengalaman baru~
{} 5 minit lagi nak berbuka, Allah bagi cuti. Rezeki banyak tu jaa, tak pa. hihihh
{} minimize preparation for raya like before, semua nak baru! Dah besau ni, rasa macam ibadah lagi penting dari baju sakan. hihih.

{} haa, paling penting aku bersahur tak missed oi tahun ni. Rasa macam dapat trophy oo. Sebelum-sebelum ni memang jarang sangat aku bangun sahur, paling rajin bangun minum air, amir kurma tu pon jarang-jarang sangat. Persepsi dah berubah, makin tua dah ni. hokhokkk *batuk tua* Lol

{} masuk majlis berbuka perdana dekat masjid kampung aku, tak pernah kot aku join sebelum ni, tahun ni sempat join, dapatlah erat silaturahmi dengan mak cik pak cik kampung aku. hihihh

{} dan Ramadhan tahun ni, atuk aku tak ada. Biasa petang-petang, pegi bagi lauk dekat ayoh, ayoh mesti cakap "atin masok gapo hari ni nak bagi ko ayoh?" with senyuman dia :'D tahun ni, petang-petang, cakap dengan mok jer lah.

tu jerlah rasanya pengalaman ramadhan aku tahun ni. yang lain macam biasa lah kot. Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa dengan Ramadhan lagi. Sedihnya Ramadhan dah nak pergi..

syawal nak tiba, tapi umah tak kemas lagi, kek kuih tak bakau lagi. Apalahhhh, tak eksaited langsung betoi lah minah ni. Woi, esok raya pegi buat sekarang!

Till Then, Salam Alaik!

No comments: