Wednesday, August 05, 2015

adakah mereka lupa?

Bismillah
Assalamualaikum Brothers and Sisters

Kebelakangan ni, aku tengok ramai lelaki disekelilingku apabila dah berkahwin seakan lupa bahawa ibu mereka adalah masih yang utama.

Adakah mereka lupa atau memang tidak tahu? Agak mustashil kalau tidak tahu sebab di dalam Al-Quran sudah lama menceritakan mengenai bab ini.

Disebabkan ingin menjaga hati isteri, rela melukai hati ibu sendiri. Subhanallah, sungguh.. sungguh sakit untuk aku menelan kenyataan ini.

Demi Tuhan, aku lebih rela jika ada jodohku di dunia, lebih rela dan sanggup aku di jodohkan dengan lelaki yang "anak mak" sebab memang patut pun mereka mendahului mak mereka daripada aku sang isteri. Selagi maknya juga tahu batas dan hukum untuk tidak mengambil kesempatan dan menganiyai aku *peace*

Berbalik kepada cerita tadi, ye, sebagai lelaki, walaupon anda telah berkahwin, monarki dan priority susunan untuk anda dahului setelah Allah s.w.t. dan nabi junjungan Muhammad Rasulullah, adalah ibu dan ayah mu sendiri, mertuamu dan barulah isteri dan anak-anak. Si isteri pula WAJIB tahu yang suaminya PERLU dahului ibu dan ayah dahulu barulah mereka, si isteri. Adakah mereka lupa?

Jangan disebabkan kamu (sang isteri) yang terlalu seek-of-kasih-sayang of your husband, sampai kamu menyekat kasih sayang antara ibu dan anak itu, jealous katanya!

Dan, sebenarnya jika lelaki itu tahu hukum agama, dia akan menegur dan berbicara seeloknya dengan isteri bahawa dia perlu utamakan ibu ayahnya dan mertuanya dahulu dalam segala hal pun.

Tapi, kalau dua-dua (laki bini) tu tak ambik tahu pasal ni?

MAKA, selalu makan hatilah mak ayah tu. Nauzubillah.



Tapi, sang ibu, walaupon anaknya kadang-kadang menyisihkannya dan sudah berapa ribu kali makan hati/sentap/ dan sebagainya, tetapi apabila si anak menghadapi masalah TETAP mendoakan dan menolong si anak itu walau bagaimana caranya sekali pun. Itulah, THE POWER of MOM! Sentiasa ada bila perlu :')

Tapi, si anak pulak pulak, bila dah settle hal, lupa kat mak balik! Bila susah baru cari mak, macam ko buat dekat ALLAH la jugak kan? bila susah baru cari sejadah nak sembahyang berdoa! (Semoga Allah memberi hidayah kepada kalian dan aku, amin)


Wahai lelaki-lelaki diluar sana, tolonglah, tolong ambik tahu pasal ni. Ingat, Selepas Allah dan Rasul, ibu dan ayah, mertua,then barulah isteri dan anak. Ini adalah monarki mu selepas kahwin. Jangan disebabkan terlalu bahagia dalam dunia perkahwinan mu sehingga kamu lupa apa tanggungjawabmu yang lagi satu ini. Iaitu tanggungjawab kepada kedua ibubapamu sendiri dan mertuamu.


Aku pun tak kahwin lagi, tapi sama-samalah kita saling ingat-mengingati! Yang baik hanya dari Allah, yang buruk dari aku sendiri.


Till Then, Salam Alaik.

Fatin Adibah

No comments: