Friday, May 29, 2015

Fatin currently morning routine!

Bismillah & Assalamualaikum

Memandangkan jadual aku sekarang tersangatlah fleksibel sehingga bangun pagi aku tersangatlah jugaklah lenggang lenggong mak timah. Time belajar pun aku tak pernah lenggang mak jemah cemni, inikan pula time praktikal, yang hari-hari mesti sampai ofis pukul 9!

Jadi, sementara aku mempunyai masa yang sangat-sangat free, (eh takdelah free sangat, aku busy hokay walaupun orang nampak macam tengah tanam kurma, anggur terlalu mainstream) dimana, soon aku akan tidak mempunyai lagi masa-masa yang sangat leisure seperti ini. Aku nak rakam siap-siap apa morning routine aku sekarang untuk dibandingkan dengan morning routine akan datang. kan kan? Kita tengok, apa beza dia nanti, jeng jeng~~


5.30 a.m ~ 6.00 a.m

Jam loceng berbunyi, kadang-kadang umi aku ketuk bilik. Geliat-geliat atas katil, nak celik mata tak leh. Bangun, kemas katil. Minum air kosong 1 gelas. Gosok gigi, cuci muka dengan cleanser. Ambik air sembahyang. Sembahyang subuh 2 rakaat. Zikir. Baca Quran (banyak/sikit bergantung kepada mood, maaf Ya Allah)


7.30 a.m

Buat green tea panas-panas. Minum sambil baca email. Takpun, scroll facebook, twitter, IG dan etc. Kalau takde yang menarik, join umi tengok Tanyalah Ustaz TV9 sambil layan kucing ataupun anak buah aku


8.30 a.m

Time ni, senaman uolls. haha. Aku buat pilates, rajin sikit push-up 50 kali okayy~~ pastu, kalau rajin lagi ikut senaman dalam youtube. Adooihlaa, sakit pinggang aku ikut diaorang!


9.30 a.m

Mandi, shampoo, etc. Bersiap. Lepastu, aku pergilah buat aktiviti lain. Banyak aktiviti aku. bla-bla-bla~~


Till Then, Salam Alaik.

No comments: