Monday, May 04, 2015

First Impressions? Gigi :D

Bismillah & Assalamualaikum

First impressions a.k.a tanggapan untuk kali pertama aku terhadap seseorang adalah GIGI. Bila, aku cakap dekat member-member aku yang aku suka tengok gigi orang, they was like "ishhh, pelik lah ko ni patin" aku pun tak pasti, berapa level tahap pelik aku ni, tapi aku memanggggg suka ssangat tengok gigi orang, hahaha :'D

Mungkin bagi orang lain, first sekali bila kali pertama anda jumpa orang mungkin, anda akan tengok muka, mata, kulit, rambut, tinggi or apa-apa lah kan. Tapi aku, bila first sekali aku tengok peoples adalah gigi dia. Bagi aku, gigi adalah tempat paling menarik untuk diperhatikan. Melalui gigi, aku boleh tengok dan mungkin juga nilai tahap kebersihan seseorang.

Sebab gigi, simple aje, kalau kita menjaga, maka bersih lah ia. Kalau nak judge muka, muka dan rupa adalah pemberian Allah, memang tak boleh nak ubah. Kalau nak judge kulit putih ke hitam seseorang itu juga sama, pemberian yang maha kuasa, tak boleh ubah! Kalau nak judge kesihatan kulit seseorang, juga sama, tak boleh nak control sebab kulit bergantung kepada hormone seseorang. Nak judge rambut pun sama, you cannot control it.

Tapi gigi, kalau anda gosok gigi at least twice a day, jumpa dentist sekurang 6 bulan sekali, aku rasa tak akan ada masalah, melainkan anda mencari penyakit seperti sebelum tidur malas nak brush gigi, merokok, suka minum kopi or else lah kan. Tak semestinya gigi seseorang tu perlu lurus macam pembaris, putih berkilat seperti ini

courtesy by Google. Tak luruih putih macam ni pon tak apa aihh, asal bersih dan sihat jaa

Gigi boleh mengubah rupa seseorang, kalau anda perasan mak, ke abah ke, nenek ke, atok anda ke yang dah pakai gigi pelesu, cuba tengok gambar diaorang yang dulu dengan yang sekarang. Lain kan?

Kadang-kadang dengan tengok gigi seseorang, then dia senyum, senyuman dia pulak boleh membuatkan kita pun turut tersenyum, melting oiiii. Macam aku cakap tadi, tak semestinya gigi dia tuu lurus macam pembaris, tapi susunan gigi dia menarik! contoh paling dekat, hmmm sape ek? kalau artis dekat Malaysia, Sharnaaz Ahmad (aku mentioned dia, tak semestinya aku ni fan club dia), gigi dia tak lurus kan? tapi aku suka tengok. Ni lah, maksud dia gigi yang menarik!

courtesy by Google. aku memang suka twilight, tapi aku #teamJacob okay, cuma ni aku nak tunjuk gigi dia tak straight sangat pun, tapi menarik bagi aku!

courtesy by Google. James Franco walau awak dah tua, tapi tiap kali awak senyum, saya pun turut senyum bersama, ahaks!

courtesy by Google. Kalau perempuan pulak, Ariana Grande, gigi dia tak lurus macam pembaris pun, ada cam naik makin menaik sikit kan, tapi menarik! :D

courtesy by Google. Ni gigi Hillary Duff selepas dia buat dental cosmetic, cantik tapi nampak tak real kan. Aku lebih suka gigi dia yang natural dulu, masa dalam Lizzie Mcguire

courtesy by Google. Lizzie Mcguire :) Beza kan dia dengan sebelum ni

So, gigi sangat penting bagi penampilan seseorang. Jadi, rajin-rajinlah gosok gigi, ihikss!

Till Then, Salam Alaik.

No comments: