Monday, April 20, 2015

Tuhan Bayar Cash

Bismillah & Assalamualaikum

Post ini adalah untuk peringatan diri aku sendiri

Jangan sesekali buat mak kita sedih, esok-esok anak kita pulak buat benda yang sama apa yang kita dah buat dekat mak kita sebelum ni. Aku dah saksikan semua ni, memang betul terjadi. Bukan filem, buka drama, tapi ini kenyataan, dalam kehidupan sebenar.

Kadang-kadang, suami kita yang derhaka pada mak dia, tapi Allah balas kat kita disebabkan kita tak pernah larang "abang, cakaplah elok-elok dengan mak abang" dekat suami kita. Yang kenanya kita (sebagai mak). Subhanallah.

Fatin, walau apa pun terjadi. Hold your temper, sabar. Jangan sampai buat hati umi ataupun mak mertua (masa depan nanti) terasa dengan tindakan kau ataupun suami kau, kalau kau tak nak anak-anak kau buat macam tu dekat kau. Umi aku pesan, bila dah ada MIL, Kalau hal sikit-sikit tu, tak payah nak makan dalam sangat. InshaAllah, InshaAllah. Allah bagi kesabaran yang tinggi pon cukup lah.

Kalau hawa itu berilmu, dia pasti akan tahu ibumu adalah yang pertama prioritinya dalam hidupmu kerana dia juga bakal ibu yang mahu begitu


give and take okay, saya sayang mak awak, awak sayang mak saya <3

Till then, Salam Alaik.

No comments: