Wednesday, April 01, 2015

TIPS: elak battery lappy cepat konggg!

Bismillah & Assalamualaikum

Hari ni, aku nak share tips sikitlah, heheh. Aku tengok ramai ahli keluarga mahupun teman karib aku selalu mengalami masalah bateri laptop cepat kong king mahupun kengkeng! :p Aku tengok tak sampai setahun lagi laptop tu, bateri setengah jam je mampu bertahan, sedihhh tauu. Aku dah amalkan tips dan petua ni semenjak aku guna laptop ni, since 2011 dan bateri laptop aku masih boleh bertahan selama 3-4 jam dengan lek nye. Kalau setakat nak tengok movie 2 3 round no hal lah!

Tips ni adalah untuk orang-orang yang menggunakan laptop oldskool macam aku, dimana bateri boleh cabut-cabut. Aku tahu aa sekarang dah ada laptop yang build-in bateri. K fineeee

Dan tips nya adalah:

1) Pastikan time tengah charge bateri laptop korang tu, korang shutdown laptop. Totally shutdown, no sleep no hibernate!


2) Dah fully charge bateri laptop tu, tolong cabut bateri laptop tu. Dan, jangan lupa tutup plug dan plug-out untuk mengelakkan berlakunya pembaziran arus elektrik!



3) Tips ketiga adalah kesinambungan tips no 2 sebenarnya, iaitu BUANG BATTERY TIME TENGAH GUNA LAPTOP BILA PAKAI POWER SUPPLY. Please la, tolong buang battery laptop anda bila guna laptop pakai power supply. Ni faktor besar untuk bateri laptop cepat kong sebenarnya.

Encik bear cakap "buang bateri bila pakai power supply, panggg kang!" :p


4) Hanya charge battery laptop bila battery dah totally 0%.


5) Jangan biarkan bateri laptop terbiar terlekat dekat laptop tu terlalu lama, macam berminggu-minggu. Maksudnya, laptop memang off dan bateri juga masih disitu selama berminggu lamanya. Ini adalah faktor pembawaan untuk kongnya bateri tersebut. Sebab tu, dah fully charge terus cabut bateri laptop tuu.


6) Tips-tips ni hanya berguna bila anda beli battery baru ataupun laptop baru. haha! Ye la, tak kan bateri laptop dah kong baru nak praktik semua ni. Dah terlambat la babe, hehehe


So, tulah tips dan petua untuk battery laptop tahan lama dan mantop yang aku praktikkan selama ni. Selamat mencuba dan selamat hari GST semua. Kena ingat tarikh keramat ni, nak cerita kat anak cucu nanti!

Till then, Salam Alaik

No comments: