Wednesday, March 04, 2015

SPM shout! Dan, zaman sekolah aku

Bismillah & Assalamualaikum

Hari ni result SPM keluarkan.. Tahniah buat adik-adik yang dapat keputusan cemerlang! ^_^ Nasihat kak fatin ko ni, plan lah masa depan korang dari sekarang. Ye, memang betul.. SPM bukan penentu segala-galanya. Tapi, SPM lah titik permulaan..rancang dan pilihlah apa yang korang nak. Tak kira la nak jadi engineer ke, doctor ke, artistic ke, networking ke.. yang penting kerja tu nanti boleh memberi manfaat kepada orang lain :) And, bagi yang muslim.. buatlah kerana Allah sebab pekerjaan tu dikira fardhu Kifayah. (Fardhu Kifayah ni adalah tanggungjawab kepada masyarakat, kalau fardhu ain ni tanggungjawab kepada diri sendiri. Dah kenapa aku explain ni? hakhak)

Kepada adik yang dapat result biasa-biasa jer, takpeeee :) Ingat satu jer, belajar dari kejatuhan! Sekali kita jatuh, kita boleh bangun balik kan? Apa-apa hal, jangan lupa kerbergantungan kita kepada Allah.. Kalau kita dah berusaha, dah berdoa dan dah buat sehabis baik dah. Kena pegang
"Allah bagi rezeki dekat aku takat ni jer, dan aku percaya yang Allah nak beri yang lebih baik dari ni"
okay adik-adik? Sama jer nasihat akak kepada yang dapat cemerlang ke yang dapat biasa-biasa ke, rancanglah dari sekarang what you want to become? Betul-betul jadi ke tak jadi tu belakang kira, because we only plan, and let be God decide it. Yang penting, sekarang ni korang kena tahu flow korang kemana. Nak pergi matrik pegi matrik, nak masuk diploma pegi diploma, nak sambung form 6 pegi form 6, apa lagi.. nk pegi TESL pegi TESL, nak A level pergi A level. Takpe, mana-mana pun boleh, janji tahu flows kemana awak 5 years from now.

SELAMAT BERJAYA! GOOD LUCK! FIGHTING! CHAIYOK! GAMBATEH! (ni jerlah bahasa-bahasa yang aku biasa guna)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Disebabkan hari ni aku buka jer news dekat TV semua buat coverage pasal result SPM. So, its just reminisce of my school days 5 years ago. Rindunyaa! Salah satu zaman yang tak boleh nak rewind balik. (ada ke zaman boleh rewind balik?)

Rindu suasana sekolah tu sendiri, rindu assembly pagi Ahad, nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Kelantan, Lagu Sekolah. Rindu time rehat, pegi kantin makan keropok goreng diiringi air tea-o-beng a.k.a air teh(makanan rutin), rindu kelas pagi, kelas tambahan petang, kelas tambahan malam. Rindu nak panggil cikgu, cikgu, cikgu! Terima kasih cikgu! Assalamulaikum Cikgu! (5s kan duluu..salam, sapa, apa lagi ntah) Rindu kawan-kawan, belajar sama-sama, pegi tandas sama-sama, ponteng sekolah sama-sama (haha), rindu sukan, rindu merentas desa, rindu nk buat lab chemistry, belajar bio (belajar pasal reproduction 4 bulan straight pun tak mengantuk time tuuu..hadoi) and amazed with physics! And, No place for add math for me (sooryy T-T)

Untuk cikgu-cikgu semua, saya ingat semua jasa cikgu. Saya ingat cikgu, cikgu jer mungkin ingat-ingat lupa kalau saya tegur. hahah. Terima kasih cikgu. Maafkanlah saya dan kawan-kawan kalau ada terbuat cikgu tidak senang dengan kami. Maklumlah time tu ikut hati, limpa, hempedu semua ada lah!

Ni lah dia gang selalu bawak masalah kat cikgu disiplin! Heheheh, mana adalaaa aku and the gang tersangatlah baik dan senang sentiasa mengikut tata tertib dan peraturan sekolah =,=" Rindu dekma and syikin. Both 2 orang tengah dah kahwin and having beautiful babies (aku jer ntah kemana lagi -.-)

Time rehat kita kena minum air soya untuk sentiasa gebu gebas ye adik-adik *masa ni takde Qu Puteh laaagi :(

My BFF until now =) Afikah & Anis. Husna not in picture sebab kelas lain kann

Berapa orang yang dah kahwin ek budak kelas aku? Lepas scroll gambar-gambar sekolah dulu, baru aku perasan yang takde pon gambar budak kelas aku bergambar yang semua orang ada dalam satu gambar (except bergambar untuk majalah sekolah) Lepas SPM kitaorang ada buat BBQ tau dekat tepi pantai, nak share gambar tuu. Tapi, maklumlah zaman tu zaman Jahiliah lagi, tshirt yang pakai pon sipi-sipi lagi nak jadi singlet. LOL. Tapi, Alhamdulillah semua kita dah insaf atas keberkatan doa ibu ayah yang sakit mata nengoknya duluuuu :')

And, this is me lah masa sekolah dulu. Not-so-bright student, aku called diri sendirilah. Hahak! Not-so-bright, not-so-bright aku pon cikgu sayang okay? hahaha. Satu jer perangai aku yang masih lagi terbawa sampai sekarang ni, L.A.M.B.A.T (janganlah tiruuuuu T_T sape yang nak tiru masalah dia sekarang? hhuhu) Dulu, sekolah masuk 7.30 pagi, 7.20 pagi aku baru start kereta pegi sekolahhh punyalah drift. Nak hantar adik pegi sekolah dia duluuu. Tapi, tepat-tepat 7.30 okay aku sampai sekolah! Boleh agak tak aku bawak speed berapa? Sikit lagi nak langgar kambing-kambing yang lintas jalan amik angin pagi..kahkah!

p.s: Sedekahkan Al-Fatihah kepada semua cikgu dan kawan-kawan Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat yang dah pergi menghadap Ilahi. Semoga roh mereka berada di tempat orang yang beriman.

Till then, Salam Alaik.

2 comments:

Unknown said...

Rinduuuu babe 😭😭😭😭

Unknown said...
This comment has been removed by the author.