Saturday, May 16, 2015

step sebelum pakai braces (in details) part I

Bismillah & Assalamualaikum

Entry kali ni aku nak cerita details apa step yang perlu dan kena buat sebelum pakai braces. Memandangkan ramai yang pm/whatsapp aku soalan, jangan risau aku pun macam tu, sebelum pakai braces lebih 10 orang kawan, pakcik makcik saudara mara yang dah pakai braces aku cari, ihiks.

Yeee, aku tahu sekarang dah ada invisalign, but for me, braces is never old school, and affordable prices untuk yang tahap-tahap sederhana yang tak mampu nak pakai invisalign ni kannn. Sebelum ni aku ingat pergi klinik gigi jer, terus boleh pakai braces! Aku je ke yang macam ni? ke orang diluar sana ada jugak. mohon ada, tak nak lurus sorang-sorang :') hahah. Kalau ada, meh aku cerita secara DETAILS, sekali dengan harga aku cerita bak angg. So, pegang calculator siap-siap naa. Ready? mohon tarik napas, sebab memang panjang journey sebelum anda jadi macam ni..

Courtesy by Google. Cantik color lipstik awak

Ni step untuk buat braces dengan swasta, memandangkan umur aku dah lebih limit untuk kerajaan nak layan.ihiks. Ini hanya Guidelines sahaja sebab ini adalah pengalaman aku, mungkin pengalaman anda dan saya berbeza. Sebab, individual dan doctor pun mungkin berbeza kann. Basics, doctor aku cakap package orthodontic aku ni RM4500, tapi sabaaarr. Bayar secara Installments :) Jomm aku cerita step by step okay.


STEP 0: MENCARI KLINIK GIGI PILIHAN

Lepas dah kenal pasti, kenapa anda nak pakai braces. Keperluan ke kehendak, budget apa semua dah cukup. Okay, masa untuk cari klinik pergigian pilihan anda. First, buatlah beberapa pilihan klinik tentang harga, pakej, environment klinik dan sebagainya. Kalau boleh tengok lah beberapa review pesakit(?)-ke pengguna term lebih sesuai ni- dari klinik tersebut. Kalau aku, aku lebih prefer klinik tu doctor perempuan sebab aku perempuan, lebih selesa nak nganga luas-luas. hahah :")


STEP 1: WALK-IN KLINIK PERGIGIAN PILIHAN

Selepas anda berjaya memilih klinik gigi terbaik in town. Maka, buatlah walk-in ke klinik tersebut untuk doktor mengenalpasti masalah dan penyelesaian terhadap gigi anda. Biasanya, doctor akan check dan akan bertanya apa masalah gigi awak, kenapa awak rasa begitu? Ni pengalaman doctor aku tanya aku lah. Ni, macam proses doctor mengenali kita lah kot. Doc tanya, kerja ke belajar, tinggal kat mana, acamtulah lebih kurang. - Masa ni bayar RM 35.


STEP 2: X-RAY GIGI

Lepas doc dah check, doc bagi aku satu surat refer untuk bahagian x-ray di hospital kerajaan untuk ortho x-ray (memandangkan klinik tempat aku buat braces tiada machine x-ray) Jadi, aku rasa ni bonus bagi aku, sebab lebih murah! hihihi. Ada dua x-ray kena buat (term dia; 1. an OPG 2. a Let. Cept -which aku tak tahu maksud dia apa-) 1st; masuk ikut lubang telinga. 2nd; machines tu pusing-pusing kepala kita. X-ray tengkorak ni untuk doc nak diagnosis la bahagian tengkorak gigi kita, kot-kot ada benih gigi lagi ke dalam gusi tu, kang tak pasal ada yang tak habis keluar gigi lagi, hihih. Aku, Alhamdulillah, gigi semua dah keluar, cuma problem aku adalah gigi bongsu yang paling last tuu, yang dah tak muat gusi tuu dah keluar geraham kiri. - masa ni bayar RM 70.

Rasa insecure tengok tengkorak sendiri :')

STEP 3: DENTAL MOLD a.k.a ACUAN GIGI

Lepas aku dah bagi image x-ray dekat doctor aku. Doc akan cerita sikit la apa struktur gigi kita apa semua. Then, doc amik acuan gigi ataupun dental mold. Dental mold ni untuk doc refer gigi kita sebelum pasang braces. Dental mold tekstur dia macam lumpur kot, nasib rasa manis-manis strawberry! - masa ni bayar RM 85.

Courtesy by Google. Macam ni lah lebih kurang. Aku lupa nak ambik gambar aku punya dental mold

STEP 4: PASANG SPACER

Lepas dah settle buat acuan apa semua, next appointment adalah untuk pasang spacer. 8 pieces of spacer dipasang diantara gigi geraham atas bawah kiri kanan, spacer adalah penjarak untuk Orthodontic Bands dipasang selepas gigi geraham dah menjarak sedikit. Tempoh spacer ni kena ada dekat gigi tu seminggu or more bergantung kepada tahap keras ke lembut gusi seseorang lah kot. Masa pakai spacer ni, sakit dia like-a-hell! Memang sakit tersangattt oooi, bayangkan nak gigit memang total tak mampu, makan nasi air pun main telan-telan jer. Rasa macam gigi nak luruh semuaaaa, time nak tidur macam nak nangis je, tapi tahan jer lah sebab sakit ni aku yang cari. sobbsss. - tempoh sakit 5-7 hari - time ni bayar RM 150.

Courtesy by Google. Macam ni lah lebih kurang spacer dipasang dekat gigi aku, cuma ni gambaran gigi atas, gigi bawah pun kena jugak okay


STEP 5: TOOTH SCALING (if needed)

Ni, cuci gigi or tooth scaling lah. Tahukan tooth scaling ni macam mana? Biasa buat kan, buang segala kekotoran yang melekat dekat gigi yang berus gigi tak mampu nak tanggalkan. Bagi yang tak pernah scaling, scaling ni sakit sikitlah, macam kena gigit semut. Lepas scaling, gigi akan rasa lebih ringan, lebih cuci, gusi macam luka sikitlah sebab karang ke, apa ke dah tercabut kan.Tooth scaling ni perlu lah dibuat sebelum Orthodontic Bands dipasang, sebab kalau ada karang gigi ke apa, susah gigi tu bergerak nanti - masa ni bayar RM 75 kalau nak cut-cost boleh buat dengan kerajaan scaling RM 2 je.

Tapi, aku nasihatkan buat tooth scaling ni lepas cabut gigi (kalau case awak kena cabut gigi laa), sebab kemungkinan karang gigi diantara gigi awak tu wujud, dah dua kali scaling kena buat kann (sebelum cabut gigi, selepas cabut gigi). Buat sekali dah, tunggu 6 bulan akan datang pulak scaling gigi.


Tu jelah hari ni, nati aku sambung lagi. Panjang lagi journey sebelum awak tersenyum nampak besi tuuu, wait for my next entry okay, kalau sudi la :p

untuk part II [klik sini]

Till Then, Salam Alaik.

26 comments:

Anonymous said...

Woahhhh.. takutnye nak pakai braces ni

Anonymous said...

Slm akak. bila nk updte step seterusny.. lma daa tguu nie

Fatin Adibah said...

heheh thank youu sudi bacaa. nanti akak update ye

Anonymous said...

Akak, brp had umur utk pakai braces kat klinik kerajaan? If baru habis spm but still kira 17, dia terima tak? Hehe

Fatin Adibah said...

umur 17 biasanya had umur. habis spm and still 17, terima lah. hehe

shaaa said...

Akak kite dh 21 tahun ni..xboleh dh eah nk mtk kt kerajaan hahahaa

shaaa said...

Lupa nk tnya satu lagi..kalau walkin kt klinik nak tnya psl braces pun kena bayar rm35 jgk yeah???

Fatin Adibah said...

Hi shaaa! Depends klinik, tapi kalau setakat nak tanya dengan nurse dekat depan tu tak bayarlah. kalau masuk jumpa doctor, mesti bayar punya hihi

And, 21 biasa kerajaan dah tak mau hihi

Anonymous said...

Sy tgh pkai spacer skrg ni hahah mkn bubur bayi 6bln je tau,sedih nk mkn nasi haha

Fatin Adibah said...

Hai Sharifah! Kann? hehe sabarlah kejap makan bubur tu, hihi

Anonymous said...

Hai akak . Kiranya boleh buat kt mana2 klinik gigi lah ye ? Haa pastu , masa first nak tny kt kaunter tu , cakap nak pakai braces ke ape ? ��

Unknown said...

Urmm nak tanya kan kos pasang braces tu 4k so tiap2 appointment kene byr la smpai 4k ? N yg kos scaling, x ray cbut gigi sume tu lain ke ? X termasuk ?

Unknown said...

Saya tgh pkai spacer skrg ,7 smua sekali dn bru lps tooth scalling .Sakit dia mmg mcm hell sis,nk makan bubur tu pon gigi still sakit huhu.

Fatin Adibah said...

Hi dear. Yup. Mana2 klinik gigi. Ha'ah.. Ckp saya nk buat braces ;-) hihi

Fatin Adibah said...

Hi dear. Yes..byr sampai cukup 4k. Dan kos tu biasanya tak scalling, cabut gigu and all lah. Hihi ;-)

Fatin Adibah said...

Hi dear. Hahaha. Tahniah sebab dah lalui :-P next tunggu gigi gerak pula ye :-*

Anonymous said...

Hai kak.. nk tanya sikit.. brapa ya cost yg kne sedia sebelum pasang braces.. (not for deposit).. sbb saya deposit dh ckup..

Unknown said...

Nak tnya mcam mna u buat appoiment ngn hospital kerajaan

Anonymous said...

bole tahu hospital yg wat xtray tu hospital mna yer?

Unknown said...

Kalau bukan parents yg kerja kerajaan boleh x.?kalau saya akak ipar saye kerja kerajaan... Boleh x?

Unknown said...

Orang kata gigi kalau lebih 20 kena cabut betul ke

Unknown said...

Saya dok ulang klinik kerajaan 2 minggu sekali..start bulan 4/5.. chek kebersihan katanya...sampai hari ni X boleh pakai lagi...baru ni pi buku rekord pulak depa bg hilang..kena mula lain..lagi lama laaa..ank2 saya nak pakai...hhmmmm

Unknown said...

Kalau gigi depan bertampal masih bolehkah pasang braces?

Appysna18 said...

Kak fatin..macam saya saya ada tanya kt satu klinik swasta ni,dia kata rm2500 untuk atas dan bawah..betul ke tu..

Unknown said...

Boleh ka pasang braces seblm x-ray

fijjie said...

Better masa kena x ray tu buat dkt kerajaan, kalau swasta, dua jenis x ray tu nanti diorg charge rm400