Thursday, May 14, 2015

cerita pergi KL naik bas (now and then)

Bismillah & Assalamualaikum

Negeri pertama aku jejakkan kaki keluar dari kelantan adalah Kuala Lumpur. Kenapa KL? sebab nenek aku berniaga dekat sana (Masjid India) so, KL lah tempat first aku jejakkan kaki selepas thailand.

Masa tu, aku darjah 3 means umur 9 tahun lah kan. Sebelum tu(masa umur 7 tahun), aku dah pegi KL naik flight(nenek belanja). Dan masa aku 9 tahun tu juga, aku pergi dan balik KL naik bas dengan ummi, abang long dan abang ngah aku. Tujuan pergi? nak hantar pak su aku masuk asasi UAI, sambil-sambil melawat kondo nenek kat KL selain jalan-jalan kat kolumpo lah kan. Cerita dia bukan aku nak cerita yang famous kat Kl time tu adalah Lot 10, Sogo, KLCC and etc.

Cerita dia sekarang perihal naik bas. 15 tahun lalu(masa aku 9 tahun), adalah kali pertama aku naik bas dengan ummi aku. Masa tu, dalam bas masih ada tandas aku rasa, hikhik.

Dan, 4 hari lepas adalah kali kedua aku pergi KL naik bas dengan ummi aku. Lama kan gap dia? Kenapa lama sangat? Kalau dulu, memang naik bas sebab takde sesiapa pun pandai drive kereta lagi, sedangkan abang long aku pon baru 17/18 tahun time tu. Yang latest ni kenapa naik bas? sebab, ini adalah rombongan cik kiah yang ditaja, ihiii takdelah, ni adalah program in group usaha niaga thing my mom that I need to follow -.-

Selain itu juga perbezaan dia, dulu bas berhenti dekat hentian Putra dan bila mana hentian Putra sudah tidak digunakan sekerap dulu dan TBS telah muncul dengan GAH-nya. Dulu juga bas satu tingkat bersertakan toilet yang 'tutttt' jatuh atas jalan tar (kata mereka lah, aku tak tahu sebab tak pernah guna) dan sekarang bas dah pun bertingket-tingket.

Perbezaan yang paling besar adalah, dulu ummi aku umur dalam 40 dan aku berumur 8 tahun lebih dan sekarang ummi kadang-kadang dah masuk kategori warga emas dan aku dah pun muda remaja yang berumur awal 20-an.

Masa aku umur 8 tahun tuu, malam-malam pulak naik bas, aku ada satu penyakit tauu penyakit yang tak boleh suhu terlalu sejukk, tulang kaki aku sekali akan sejuk dan sakit yang amat sangat sampai merengkok-rengkok kaki aku tahap dia. Dan, masa tu bas ada provide selimut, tak cukup dengan selimut bas ummi aku akan selimutkan aku dengan kain batik dia, tak cukup kain batik, tuala lagi, untuk warm kan aku. masa tu aku hanya pandai

"ummi, adik sejukkkk, kaki adik sakitttt, tulang kaki adikkkk, ummi.."

ummi aku pon sacrificed lah dia punya selimut untuk panaskan aku. Dan, bila tiap kali aku terjaga tengah malam masa dalam bas tu, ummi akan tanya

"adik sejuk lagi tak?"
sampailah aku selesa.


Dan bila naik bas 4 hari yang lalu

ummi aku, dengan angkuhnya tak nak bawak sebarang kain selimut mahupun baju jaket. Dia cakap, sekarang musim panas, tak sejuklah dalam bas tuu. Aku pun, Okay fine! Dia tak tahu, aircond dalam bas tu sejukkk, aku tahulah selama ni aku dok naik bas pergi ulang alik masa belajar dekat perlis, melaka tuu.

Jadi, aku bawaklah saja-saja jaket jeans aku yang boleh tahanlah tahap tebal dia, aku bawak sebab aku ni memang jenis tak tahan sejuk, pernah tu siap pakai stokin pakai gloves bagai (aku ingat aku dok new zealand!)

Masa awal-awal dalam bas tu okay lagi, tak sejuk sangat, bila mana dah tengah malam, tahap sejuk dia dah menaik!

So, apa lagi, bunyi lah orang sebelah aku tuuu (ummi aku la orang sebelah aku tuu :p)

"sejukkk eahh, sejukkk kat lutut"

aku pun, slow-slow selimutkan lutut ummi aku dengan jaket jeans (yang aku bawak saje-saje tuu) untuk panaskan suhu lutut dia. Risau jugak aku, kang admit ward pulak ummi aku ni kalau terlampau sejuk (ummi aku pernah admit ward and pakai pernafasan bantuan sebab berjalan jauh dok lama-lama dalam aircond kereta).

Dan bila aku tengok scene ni, membuatkan aku teringat kisah masa aku kecik dulu. Dulu, ummi aku korbankan sejuk dia untuk panaskan aku. Sekarang, dengan automatik nya aku nak ummi aku selesa berbanding keselesaan aku sendiri. Aku takpe, sejuk sikit pon takpe aku boleh tahan. Yang penting, ummi aku tu yang selesa.

Siapa yang tak sayang mak oiiii.


p/s: cerita sempena hari ibu :)

Till Then, Salam Alaik.

No comments: