Monday, March 02, 2015

Minggu Haluan Siswa

Bismillah & Assalamualaikum

Actually, iolls baru jer habis practical last week. So, aku ni kiranya dah habis belajar lah kiranya ye..tapi tak rasmi lagi sebab belum grad lagi kan. Kiranya aku ni boleh digelar 'jobless' or in a longggg holidays lah kot kan! huhu. Bila dah habis belajar ni, rasa rindu lah pulak dekat zaman belajauuuuu (kata orang melakauuu). So, aku nak lerr throwback the 3-years-ago-me, haha! Manalah tahu ada adik-adik yang dapat masuk university bulan september ni, leh la tahu sikit-sikit hidup di university kann :) Aku belajar dekat UTeM, tahu UTeM tu kat mana kan? Ke ada yang tak tahu, maybe ada yang tak tahuu kot, yelahhh Uni aku taklah sepemes UKM, UM..kalau pakcik makcik kat kampung (pahamm,tak semua..ok ok) kalau cakap belajar dekat UTeM, mesti loss,tak tahu U mana satuu..sedih auuu, sentap auu :'( Universiti Teknikal Malaysia Melaka lahhh. Aku belajar in Science Computer major Computer Networking :) why networking? apa jadah networking tu? ada masa nanti aku citer okay..

Amaran keras: Gambar sangat sangat lah noob dan innocent(ek?)

Intro, kena la citer time Minggu Haluan Siswa luuuu. Ye dak? Lepas family aku dah hantar peluk cium nangis bagai..startlah minggu haluan siswa (MHS katanya), punyalah aku excited tahap gilos punyaa.. yelah it's university life kot! Life yang aku selalu tengok dekat tv masa sekolah duluuuu. (hahaha, noob punya budak!) Excited kottt, excited nak masuk kelas, excited nak dapat new friends, new environment, lecture hall, siap berangan ada boyfriend baru lagi *gila! :p (fuhhh, dalam kepala otak aku time tuuu punyalah bahagianyaaaa, berangan!) Hari first MHS tu, aku masih lagi dalam keadaan yang sungguh bersemangat sekali, masuk hari kedua.. memang tak lahh semangat aku, asyik tidur dalam dewan adalah! Time senior dok cakap, Naib Cansellor ke sape ke cakap kat depan tuu, memang aku hanyut ntah kemana dah..selalu kot akak/abang Fesi dok mai kejutkan aku suruh keep wake-up and dengauu ceramah tuuu, lepas Fesi tu blah aku sambunglah tidur balikkk, kehkeh! Bukan setakat dalam dewan aku tidur, dalam bas pun aku boleh tidur tahu tak! Tidur duduk tu normal sangattt, ni tidur time berdiri nii! Barulah rare! Berdiri dalam bas pun aku boleh layan tidurr aku..ntah kemana dah excited aku time tuhh. Hadoiiii -.-' (Oh, mesti ada yang pelik kan, apasal naik bas.. dekat UTeM (masa tu laa, sekarang asrama dah dalam kampus) asrama kitaorang dekat luar dari campus, so memang nak pegi campus naik bas la bagi yang tak bawak kenderaan sendiri.)

Baru lepas bangun tidur, terus selfie peace menunjukkan yang aku bahagia sangat tidur dalam dewan!

Siapa UTeM Cohort 2011? Jom lambai-lambai

Aku tak pasti arr nak cakap ni part yang aku paling tunggu-tunggu ke part aku paling annoyed, kena tunggu bas weh! Kena beratur tu aku tak kisah sangat..kena tunggu the next bas bila first bas dah penuhhh, tu masalah.. hadooooi! Waiting is killing me bradeh!

Nilah first housemate aku dekat UTeM, tak cukup kuota 1Malaysia daaa. Time ni bersila-silaan dekat lantai tar sambil tunggu bas sampai nak pegi senam dekat kompleks sukan. Semua lain-lain fakulti and lain course ni, kira berkembanglah jugak...kenal budak fakulti lain. Time ni housemate pihak UTeM yang tetapkan, dorang arrange mengikut no giliran kita daftar kalau tak silap aku, sebab ada member aku yang nombor matrik awal semua kena duduk Kolej kediaman TTU (aku lupa apa maksud TTU!), aku yang pegi daftar lambat mestilah dah banyak nombor dekat nombor matrik ni duduk dekat Kolej kediaman bunga raya. Tapi,Alhamdulillah..aku dapat kolej kediaman bunga raya sebab situ memang banyak kemudahan. Paling penting, kedai makan banyak pilihan! (normal rr student mana kedai makan murah, sedap, banyak mesti serbu punyalah)

Last but not least, ni lah my first roommate in UTeM :) Yute nama dia, koi orang pahang nii. Dialah yang ngajau aku minat Super Junior! Tak pasal-pasal sem satu aku, aku dok gila dekat Hee Chul. Mana taknyaa, sebelum tidur mesti tunjuk MV SuJu kat aku..maunya aku tak gila dekat abam abam SuJu time tu! SuJu ni kan ramai member dia, dah boleh pulak aku kenal kesemua 12 ahli group SuJu time tuu! hihih -.-"

Baju yang kitaorang kena pakai time MHS ni, warna putih hitam. Sebelum masuk U, jenuh aku dok cari balik baju sekolah dulu, tak cukup tu jahit baju kurung warna putih lagik.. lepas tu, pakai time MHS tu jer, bazir pulak pikir balik. Ada elok lagi baju-baju tuu..kalau siapa siapa nak baju kurung untuk MHS, bolehlah bagi tahu aku, aku bagi jer..InshaAllah.

Rindu pulak time MHS, tapi penaaaaaat! Nasihat aku untuk adik-adik, time MHS korang layan jerrr. Kalau boleh time ni, carilah a lot of new group friends in setiap fakulti yang U korang ada, sebab senang nanti..range kawan besar! Kalau apa-apa hal senang nak mintak tolong. Lagi satu, baik-baik la dengan abang/akak fesi tuu, diorang senior kann, mana tahu nanti korang leh nak pinjam buku ke, nak cilok (tapi make sure baiki ok, jangan main cilok jer) projek dia ke, tak pun leh suruh diorang introduce tempat best dekat negeri yang korang belajar tu. Nati takdelah rasa terkontang kanting sangat,tak tahu nak pegi mana time cuti sebelum mula kelas minggu pertama tu! :D

Till then, Salam Alaik.

1 comment:

Natashaghazali said...
This comment has been removed by the author.