Tuesday, September 15, 2015

solat jenazah

Bismillah, Assalamualaikum!

Sekarang musim Haji kan? Ya Allah, rindunya Makkah dan Madinah. Tapi, 2-3 hari lepas kita dikejutkan dengan peristiwa kren jatuh dekat kawasan saei dan perkarangannya di masjidil haram. Rata-rata family yang kehilangan keluarga di atas peristiwa tersebut redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah.

Tetapi, tidak sikit pasti sedih tu ada kan? InshaAllah, mereka-mereka adalah insan yang dipilih oleh Allah. Hembuskan nafas terakhir di tempat paling suci, hari Jumaat. Subhanallah. Menjadi idaman setiap muslim rasanya untuk meninggal atau hidup di tanah haram Makkah dan Madinah.

Dan, di Masjidil Haram Makkah dan Masjid An-Nabawi Madinah memang ada sahaja solat jenazah setiap sesudah solat waktu. Bayangkan, kita (jenazah) disolat dan didoakan oleh berpuluh ribu umat Islam. Dan kebanyakkannya mereka, jiwanya tengah disucikan (which means buat Umrah dan Haji)

Rindu pulak. Rindu nak solat jenazah setiap kali selepas solat jemaah waktu. Aku pon mula-mula pelik, macam confuse la. Eh, perempuan pon boleh solat jenazah ke? Lagipun, tempat kita tak biasa buat kan. Biasanya lelaki aje yang solat jenazah (kalau dalam lingkungan kehidupan aku, kehidupan orang lain mungkin tak sama)

Hari pertama dekat Makkah, aku ikut sekali solat jenazah, tapi tak tahulah betul ke idok?! haha. Tapi, bukan aku je okay, most of it yang datang mungkin tak biasa. Lepastu, dalam talk dekat hotel, ada orang Arab bagi speech dekat depan ajar cara solat Jenazah, bagi speech dalam bahasa Arab. Nganga jugaklah. Nasib hasil usaha sekolah Arab 3 tahun, dan bahasa ketiga dekat Uni ambik Bahasa Arab. Pahamlah jugak apa yang dia bagi speech tu. Hehe.

Ustaz pun ada cakap, jika kita solat Jenazah sekali selepas Solat Jemaah waktu. Ganjarannya setinggi bukit Uhud. InshaAllah.

Alhamdulillah, aku ni dari tak pernah solat jenazah, lama-lama jadi tahu nak baca apa, apa semua. Tambah ilmulah sikit, ye dok?!

Solat Jenazah ni Fardu Kifayah.

Tapi dah balik kampung ni, tak praktik pulak solat jenazahnya. Karang lupa, aku nak tulis siap-siaplah tertib solat jenazah. Solat Jenazah ni ada empat kali takbir. Mudah aje solat jenazah ni, amboi kau patin! hehehe

1. Lafaz dan niat(takbir pertama)

Sahaja aku solat jenazah di atas mayat ini fardu kifayah empat kali takbir, makmum kerana Allah Taala


2. Membaca Al-Fatihah

3. Allahu Akbar (takbir kedua) dan membaca selawat keatas Nabi Muhammad. Nak baca selawat yang macam dalam tahiyat pon boleh, yang sampai Nabi Ibrahim

4. Allahu Akbar (takbir ketiga) diikuti doa.

5. Allahu Akbar (takbir keempat) diikuti doa.

6. Memberi Salam sebelah kanan


Yang doa tu dia ada doa khas,


Tapi, mula-mula tu jangan nak expect aku boleh ingat semua ni, aku ni dahla ada masalah sikit kalau nak cepat ingat.

Habis aku buat macam mana? buat macam mana lagi. Baca dalam bahasa Melayulah. Apalagi~ #sisbuatkelakar hehe

p/s: mari sedekahkan Al-Fatihah kepada seluruh Umat Islam yang telah pergi menghadap Ilahi. Al-Fatihah


Till Then! Thank you for reading!

No comments: